Haji 1444H | Suasana di sekitar Khemah Mina

Описание к видео Haji 1444H | Suasana di sekitar Khemah Mina

𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛
Episod 2️⃣5️⃣ - Ujian di Bumi Mina
(Coretan kali ini bukanlah nak memburukkan mana-mana pihak, cukup untuk ambil iktibar)
Malam itu selesai mabit di Muzdalifah, kami dibawa dengan bas menuju ke Mina. Tiba di kawasan khemah Mina kami ditempatkan mengikut khemah -kemah yang telah ditetapkan.

Keadaan dalam khemah menjadi semakin sempit. Ruang khemah menjadi semakin terhad. Masuk JH kumpulan terakhir, mereka kelihatan bingung mencari kawasan lantas bersuara deras meminta senarai nama disemak dan mahu agar susunan kedudukan JH diubah. Kita pun layan, esot-esot sikit supaya semua mendapat tempat. Ujian pertama di Mina.

Akhirnya suasana tegang menjadi reda. Waktu sudah menghampiri waktu Subuh. Saya ke tandas untuk membersihkan diri. Ya, Allah... Rupanya ada JH yang mengambil langkah untuk membawa keluar tilam memilih untuk bermastautin sementara di tepi laluan pejalan kaki. Kedengaran Petugas Haji membuat pengumuman agar memberi ruang kepada semua JH agar dapat masuk ke dalam khemah. Ujian di Mina.

Di laluan pejalan kaki, mencari-cari tandas. SubhanAllah.... Panjangnya beratur. Cari tandas lain, sama juga. JH perempuan lagi panjang beraturnya, berbelok-belok. Beratur juga sambil berdoa agar sempat berjemaah solat Subuh nanti. Di dalam bilik air juga kedengaran JH "sound-sound" JH lain supaya cepat. Ujian di Mina.

Hari ke-2 di Mina, Saya mengambil peluang bersiar-siar di sekitar kawasan penempatan Maktab 78. Ada beberapa khemah yang banjir, beg-beg pakaian JH basah. Air dari alat penghawa dingin bocor melimpahkan air keluar. Keadaan dalam khemah menjadi panas. Kipas pun tiada. Pihak TH dan Masyariq bertungkus lumus menyelesaikan masalah. Alhamdulillah menjelang petang semua dapat diatasi. Ujian di Mina.

Malam hari ke-2 di Mina, bilik air tidak dapat digunakan dengan sempurna. Bekalan air terputus. Masuk bilik air kena bawa bekalan air mineral. Menjelang fajar dapat khabar daripada pengurus maktab, bekalan air ditutup sementara kerana proses baik pulih bekalan air ke maktab berhampiran sedang dijalankan. Ujian di Mina.

Di khemah Mina, saya berborak dengan rakan (seorang guru agama). Beliau kata dalam khemah ni kita semua sama, tinggalkan pangkat, gelaran. Tengok Tok Imam tu, (Imam sebuah masjid di Kota Bahru) rilex jer dengan hal dia. Sejuk tengok gaya dia. Senyum jer.

Pada saya, di Mina ni umpama kita di Alam Barzah esok. Ruang kita semua sama lebih kurang seluas tilam/tikar yang alas kita ni. Cuba kita tengok, ada yang rasa selesa jer dan senang jer dia tidor. Ada yang pusing kiri-kanan akhirnya dapat juga tidur. Ada yang langsung X boleh tidur. Ada yang awal-awal masuk khemah dah ngaku X selesa. Agaknya macam tu lah keadaan kita di dalam kubur esok. Ada yang rasa sempit, ada yang rasa selesa terang benderang kuburnya asbab amalannya di dunia dahulu.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке