Tarian Alu Alu Etnik Melanau IPGK Batu Lintang (Kagum Kebudayaan)

Описание к видео Tarian Alu Alu Etnik Melanau IPGK Batu Lintang (Kagum Kebudayaan)

Tarian Alu-alu merupakan salah satu daripada tarian tradisional yang sudah diwarisi sejak dahulu lagi. Ianya sekarang merupakan salah satu tarian yang sering dipersembahkan apabila ada keramaian di Sarawak. Malah tarian ini juga cukup sinonim dipersembahkan di luar Negara dan sering mendapat perhatian orang luar yang gemar dengan tarian tradisi seperti ini.

Sebenarnya, tarian alu-alu adalah salah satu daripada tarian yang mempunyai kaitan dengan hari perkabungan bagi masyarakat Melanau dahulu kala. Kebiasaannya, tarian ini akan dipersembahkan di ketika waktu malam iaitu bermula dari malam pertama sehingga malam keempat hari perkabungan.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk menghiburkan hati keluarga dan rakan si mati agar tidak terlalu bersedih. Menariknya gerak tari tarian alu-alu ini tidak mempunyai gerakan yang spesifik sebaliknya gerak tarinya pula sebenarnya berlandaskan aksi-aksi harian. Contohnya proses membuat sagu juga boleh dijadikan satu gerak tari di dalam tarian alu-alu ini. Dan menurut tradisi Melanau, gerak tarinya juga boleh diperolehi menerusi mimpi, pekerjaan seharian, perubatan, permainan rakyat dam banyak lagi.

Apa yang pasti, tarian alu-alu ini bukanlah semua boleh melakukannya lebih-lebih lagi gerak tari penari lelaki yang harus mengimbangi badan di atas buluh sambil berpusing-pusing dan mengikut rentak muzik menuntut latihan yang berulang-ulang untuk melakukannya.

Penari Lelaki
Abdul Raouf bin Abdul Rahman
Allen Kuba
Balan Mathew Mangan
Ericson Alap

Penari Wanita
Cornelia Liew Mui Yee
Daphne Tunga anak Engkamat
Evana Stella Ngui
Nala anak Sebau

Video rakaman dengan kerjasama Spektra Studio bersama guru pelatih IPGK Batu Lintang.
Penari dari kelab tari Balttisar IPGKBL

Комментарии

Информация по комментариям в разработке