MUZIK TARIAN TRADISIONAL SABAH | SAZAU | ETNIK KADAZAN DUSUN | PAPAR

Описание к видео MUZIK TARIAN TRADISIONAL SABAH | SAZAU | ETNIK KADAZAN DUSUN | PAPAR

Tarian Sazau Papar merupakan sejenis tarian suku kaum Kadazan Dusun yang menetap di daerah Papar. Ia ditarikan pada majlis-majlis keramaian selepas menuai padi. Ritualnya tarian ini ialah sebagai upacara iaitu bertujuan untuk pemuajaan terhadap Dapu atau tajau yang dipercayai mempunyai semangat yang dipelihara, disembah atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya. Irama tarian ini agak rancak dan pergerakan tangan penari kelihatan lembut. Manakala, pergerakan kaki bagi penari wanita pula kelihatan seperti orang yang sedang mengirik padi dari tangkainya. Keunikan pergerakan tapak kaki perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari. Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari mengikut paluan gong.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке