(Part 1) Matematik Tingkatan 4 Bab 8 : Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul [KSSM]

Описание к видео (Part 1) Matematik Tingkatan 4 Bab 8 : Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul [KSSM]

Video ini adalah video pembelajaran tentang bahagian pertama Bab 8 : Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul dalam bidang pembelajaran Statistik. Sebahagian besar kandungan topik ini adalah kesinambungan daripada kemahiran statistik yang telah dipelajari semasa tingkatan 1 dan 2.

Dalam silibus KSSM ini juga, pengiraan tentang sukatan serakan julat antara kuartil, varians dan sisihan piawai yang sebelum ini dipelajari dalam mata pelajaran Matematik Tambahan KBSM tingkatan 4 di bawah tajuk Statistik.

Matematik KSSM
Tingkatan 4
Bab 8 : Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul
Bidang Pembelajaran : Statistik

SK 8.1 : Serakan
8.1.1 Menerangkan maksud serakan.
8.1.2 Membandingkan dan mentafsir serakan dua atau lebih set data berdasarkan plot batang-dan-daun dan plot titik dan seterusnya membuat kesimpulan.

8.2 Sukatan Serakan
8.2.1 Menentukan julat, julat antara kuartil, varians dan sisihan piawai sebagai sukatan untuk menghuraikan serakan bagi data tak terkumpul.
8.2.2 Menerangkan kelebihan dan kekurangan pelbagai sukatan serakan untuk menghuraikan data tak terkumpul.

Terdapat beberapa contoh yang disertakan sepanjang pengenalan konsep untuk membantu pemahaman tentang bab ini.

Semoga video ini akan memberikan manfaat kepada para penonton.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке