'Saya Tak Pernah Bercita-Cita Nak Jadi MB - Ust Nasruddin

Описание к видео 'Saya Tak Pernah Bercita-Cita Nak Jadi MB - Ust Nasruddin

#KelantanTV

YAB Datuk Mohd Nassuruddin Daud menegaskan bahawa beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjawat jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun, beliau menerima jawatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.

“Saya tak pernah bercita-cita menjadi Menteri Besar dan saya sendiri pun mencadangkan nama orang lain yang lebih layak.

“Namun, ini semua amanah dan takdir daripada Allah SWT,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat yang pertama sebagai Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.

Mohd Nassuruddin juga meminta rakyat di negeri itu supaya bersama-sama untuk memperjuang dan menegakkan agama Islam seterusnya membangunkan Kelantan.

Kata beliau, rakyat hanya perlu taat kepada pemimpin yang beriman kepada Allah dan sentiasa memperbetulkan kesilapan sesama sendiri.

PENAFIAN : KelantanTV tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton. KelantanTV berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang negera. Justeru itu KelantanTV berharap pihak penonton juga dapat mengawal perasaan dan menjaga bahasa dan adab dalam setiap ayat yang dituturkan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке