Perasmian Penutupan Program Jalinan & Jaringan KBAT SK Panaitan 2024

Описание к видео Perasmian Penutupan Program Jalinan & Jaringan KBAT SK Panaitan 2024

25 Julai 2024
Dewan Terbuka SK Panaitan

Majlis Perasmian Penutupan Program Jalinan & Jaringan KBAT SK Panaitan bersama agensi luar dengan kerjasama PPD Kota Marudu disempurnakan YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu merangkap ADUN N.6 Bandau.

Di kesempatan ini, YB Datuk Wetrom meluluskan permohonan menaik taraf bilik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan perhentian bas sekolah.

Terima kasih kepada semua guru-guru terutamanya Encik Mangutas Sadingkar guru besar sekolah di atas jemputan untuk merasmikan majlis ini.

Tidak lupa juga kepada ibu-bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir bagi memeriahkan lagi suasana disamping meraikan kejayaan anak-anak mereka.

Diharapkan majlis seumpama ini dapat memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Turut hadir Ketua Pegawai Parlimen P.168 Payan Diman, Pegawai Khas Parlimen P.168 dan Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Bahagian N.7 Tandek Benson Tuyundo.

#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu

Комментарии

Информация по комментариям в разработке