Ujian hidup

Описание к видео Ujian hidup

Sebak bila ramai pm saya tentang pakcik ini tengah malam. Tidur tepi jalan tiada duit dan tempat tinggal. Seorang adik Nazira baik hati jumpa dan belanja pakcik ini kfc dekat sunway putra mall. Pagi esoknya terus saya bergegas cari pakcik ini.

Pak Long selepas Isterinya meninggal, terus ke kl cuba mencari rezeki. Sewa bilik dekat kl. Dah lama tak mampu bayar. So dah takde bilik untuk tinggal. Sekarang tidur merata-rata dijalanan dan kadang menumpang rumah kawannya yang oku. Dia tak nak ke rumah gelandangan dan kebajikan. Katanya saya nak terus berusaha sendiri walau apapun.

Saya terus bawanya ke bilik yang dia berhutang lama tu dan tengok bilik tu. Tandas dekat luar. Ada bilik lain disitu. Saya terus call owner dan dia kata Pak Long tu baik. Tapi dah lama sangat. Saya faham yerlah kita semua cari rezeki. Saya pun minta no akaunnya dan bayarkan semua hutang bilik tu dan minta lepas ni saya bayarkan je bulan-bulan selagi pakcik nak duduk situ. Owner tu happy. Pak long terus menangis terharu masa saya cakap dengan owner tu.

Syukur pak long dah ada rumah. Saya dah beri belanja untuk berehat sampai habis tempoh pkp ini. Masa menangis pak long kata selalu orang tanya khabar simpati. Saya ingat dah takde orang boleh bantu saya. Saya malu rasa ustaz baik sangat tolong macam ni. Takper pak long. Allah yang sayang pak long. Jaga solat dan teruskan buat kebaikan. Masa tu saya pun sebak dan tahan je menangis. Senyuman tangisan itu buat saya rasa lega. Walau ada lagi beberapa kes lain nak tengok. Ya Allah terimalah semua ini.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Cimb 8603546376

Комментарии

Информация по комментариям в разработке