Aqua Boat & Kayak @ Kelab Tasik Putrajaya | Lake Club Putrajaya | Presint 8, Putrajaya (4k Video)

Описание к видео Aqua Boat & Kayak @ Kelab Tasik Putrajaya | Lake Club Putrajaya | Presint 8, Putrajaya (4k Video)

Kelab Tasik Putrajaya | Lake Club Putrajaya | Presint 8, Putrajaya

Kelab Tasik Putrajaya adalah sebuah kelab keahlian berasaskan sukan air dan rekreasi yang terletak di Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kelab Tasik Putrajaya terkenal dengan reka bentuknya yang bertemakan kapal dan berciri-cirikan suasana yang eksklusif. Kedudukannya yang berdekatan dengan tasik menjadikan kelab ini sebuah tempat yang amat sesuai untuk para pengunjung yang menginginkan suasana tenang dan santai. Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah yang memperlihatkan mercu tanda Putrajaya seperti bangunan Perdana Putra, Masjid Putra, Taman Botani dan Istana Melawati.

Kelab Tasik Putrajaya menyediakan kemudahan seperti restoran, kolam renang, gimnasium, bilik persalinan,basikal dan peralatan sukan air seperti kayak, kanu, rowing dan perahu panjang. Kelab ini juga menyediakan ruangan untuk disewa bagi penganjuran pelbagai majlis. Terdapat ruang terbuka di lobi, kawasan tepian tasik serta ruang berhawa dingin iaitu bilik mesyuarat serta bilik rekreasi. Pengunjung boleh memilih jenis ruangan yang diinginkan untuk majlis tertentu mengikut bajet. Terdapat pelbagai program tahunan dianjurkan oleh kelab untuk ahli dan juga orang awam.

Harga Sewaan:
Kayak (Single): RM10.60
Kayak (Double): RM15.90
Kanu Kanada (Canadian Canoe): RM15.90

#malaysia #fawwazmedia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке