PTI - Percintaan Tanpa Izin (2004) FULL MOVIE

Описание к видео PTI - Percintaan Tanpa Izin (2004) FULL MOVIE

PTI - Percintaan Tanpa Izin (2004) - Cerita ini mengisahkan tentang percintaan seorang gadis tempatan CLARICE yang telah jatuh cinta kepada seorang pendatang tanpa izin DEN selepas pertunangannya dengan RUDY tunangnya sejak dari kecil (pertunangan yang telah dipersetujui oleh kedua keluarga mereka) terputus akibat dari keputusan RUDY mengahwini kekasihnya LYDIA.

Apakah akan terjadi dengan percintaan DEN / CLARICE?

Mendapat restukah cinta mereka berdua?

Dihantar balikkah DEN ke negara asalnya?

Untuk mengetahui cerita seterusnya dapatkan sentuhan pertama ABU BAKAR ELLAH sebagai pengarah dalam pembikinan telemovie ini.

Anda juga berpeluang menyaksikan keindahan daerah Kudat, Simpang Mengayau, Rumah Panjang Rungus Matunggong dan Pulau Bangi.

Trivia : Selepas kejayaan telemovie ORANG KITA (2003) yang terjual melebihi 30 ribu unit, PTI - PERCINTAAN TANPA IZIN adalah antara sebuah lagi telemovie yang mendapat sambutan yang hebat dari penonton kerana gandingan artis terkenal Sabah, Clarice John Matha dan Den Bisa turut dibantu oleh Abu Bakar Ellah dan Om. Pengambaran telemovie dimulakan dalam tahun 2004 dan akhirnya siap dan berada dipasaran pada Disember 2004.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке