Takiyuddin gelar Zawawi pondan, sedia berdepan di mahkamah

Описание к видео Takiyuddin gelar Zawawi pondan, sedia berdepan di mahkamah

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersedia berdepan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Zawawi Othman di mahkamah bagi mempertahankan hak peneroka di Gua Musang, termasuk di Nenggiri.

Takiyuddin sebelum ini mendakwa Kesedar tidak memproses ribuan lot tanah diluluskan kerajaan negeri untuk diberikan kepada peneroka.

Beliau mendakwa perkara yang dibangkitkan itu adalah berdasarkan fakta dan beliau akan tetap mempertahankannya walaupun berdepan tindakan undang-undang, termasuk laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno.

Takiyuddin berkata, isu tersebut sepatutnya dijelaskan oleh Zawawi, yang juga ketua penerangan Umno Kelantan, di pentas ceramah kempen supaya rakyat dapat membuat penilaian.

Beliau turut menuntut Zawawi membuat penjelasan mengapa tanah yang diluluskan permohonan Hakmilik Sementara (QT) oleh kerajaan negeri kepada Kesedar belum lagi diserahkan kepada peneroka, termasuk di Sungai Asap.

Beliau turut mendedahkan tapak tanah Pejabat Kesedar yang terletak di Gua Musang seluas 200 ekar juga masih milik kerajaan negeri.

Sebelum ini Zawawi meminta Takiyuddin menarik balik kenyataannya atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Pemuda Umno Gua Musang juga membuat laporan polis terhadap Takiyuddin, mendakwa beliau meminta pengundi menyokong calon PN jika mahu isu tanah diselesaikan kerajaan negeri yang ditadbir gabungan itu.

#msianoetry #prknenggiri #perikatannasional

Комментарии

Информация по комментариям в разработке