KAWAD MAUT SANDAKAN | 6 orang yang terselamat dalam peristiwa ini || (Sandakan Death Marches.)

Описание к видео KAWAD MAUT SANDAKAN | 6 orang yang terselamat dalam peristiwa ini || (Sandakan Death Marches.)

Kawat Maut Sandakan atau dikenali sebagai 'Sandakan Death Marches' adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 2,434 tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
Pada 1942, tentera Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal laut ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan. Tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat makin hampir, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).

demi mengenang peristiwa tersebut,sebuah tugu dibina bagi memperingati Tentera British dan Tentera Australia yang telah terkorban sekitar bulan Januari hingga Ogos 1945 akibat daripada peristiwa Kawat Maut (Death Marches) dan juga kekejaman Tentera Jepun di Kem Pow Sandakan.

Nota kaki👉 Pengajaran yang diperoleh daripada peperangan dan kawad maut Sandakan-Ranau,perlu diperturunkan kepada generasi akan datang sebagai peringatan bahawa tiada siapa pun yang meraih manfaat daripada tindakan berperang.

Sekian,salam hormat.

sumber

thereaderwiki.com
soscili.my
orangsabahan.blogspot
utusanborneo.com.my

Комментарии

Информация по комментариям в разработке