TRIVIA | TAHUKAH ANDA? | SENIMAN & SENIWATI FILEM MELAYU KLASIK | AHMAD MAHMOOD & KASMA BOOTY

Описание к видео TRIVIA | TAHUKAH ANDA? | SENIMAN & SENIWATI FILEM MELAYU KLASIK | AHMAD MAHMOOD & KASMA BOOTY

#channel20sen

SENIMAN AHMAD MAHMOOD
Seniman Datuk AHMAD MAHMOOD merupakan pelakon yang paling banyak memegang watak anak Raja atau Sultan, kesemuanya berjumlah 8 buah filem.

Namun, tahukah anda bahawa Ahmad Mahmood adalah daripada keturunan Raja?

Rahsia ini disimpannya semenjak mula bertapak sebagai pelakon sehingga beliau bersara daripada dunia perfileman.

Hanya beberapa tahun sebelum meninggal dunia, rahsia ini terpaksa dibongkarkan kepada seorang penulis yang sedang mengutip maklumat untuk buku sejarah Ahmad Mahmood.

SENIWATI KASMA BOOTY
P. Ramlee dan Kasma Booty mula menjadi pasangan kekasih dalam filem BAKTI diikuti dengan SEJOLI, namun filem ketiga mereka JUWITA telah menobatkan mereka sebagai pasangan paling 'secocok' bagi tahun 1951.

Sebuah lagu dari filem tersebut berjudul SEMARAK HATI nyanyian asal P Ramlee dan Rubiah telah menjadi malar segar sepanjang zaman.

Namun, sayang sekali filem itu adalah filem terakhir gabungan P. Ramlee dan Kasma Booty, walaupun mereka sepatutnya muncul lagi dalam filem ANTARA SENYUM DAN TANGIS.

Filem itu terbantut selepas beberapa hari shooting kerana Kasma Booty tiba-tiba dilanda krisis dengan pihak Shaw Brothers. Penggambaran terpaksa dihentikan dan watak Kasma Booty digantikan dengan Rokiah Jaafar.

Justeru, Kasma Booty terus berundur dari dunia perfileman selama 7 tahun, namun pada tahun 1958, Kasma Booty sekali lagi kembali untuk menyinari layar perak.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке