5 Bahan Mudah! Cara buat Agar Agar Kering Tradisional tanpa jemur (bonus ASMR mukbang) | basickeli

Описание к видео 5 Bahan Mudah! Cara buat Agar Agar Kering Tradisional tanpa jemur (bonus ASMR mukbang) | basickeli

Rangup di luar, lembut di dalam. Salah satu kuih kegemaran famili Ely!

Hanya menggunakan 5 bahan mudah, boleh dapat agar agar kering yang sekarang ini semakin popular, disebabkan populariti candy crystal kohakutou yang berbentuk seperti batu permata tu. Nanti boleh la korang tengok ely siap berASMR makan agar agar kering ni XD

Dan Ely akan cuba keringkan ia menggunakan dua cara, satu adalah jemur dengan matahari, dan satu lagi menggunakan dehydrator

Yang menarik juga resepi ini, adalah kita akan buat macam cara traditional dengan menggunakan agar agar tali dan juga gula batu. Nanti korang boleh lihat bezanya daripada menggunakan serbuk agar agar biasa

Yang best tentang agar agar kering, dia rangup di luar, lembut di dalam. Dan tahan sangat lama. Ia tak mudah basi dan mudah untuk disimpan

Ini lah dia kuih yang Ely mula mula belajar makan dulu waktu kecil, sebab nampak cantik, dan manis

Selepas ini, boleh cuba buat resepi agar agar crystal candy kohakutou yang hampir sama, tapi cara pembentukkan dia lebih unik dan terperinci
4 CARA BUAT AGAR AGAR CRYSTAL CANDY KOHAKUTOU : AKAN DATANG 27 FEB 2024

#agaragar #kuihtradisional #resepibasickeli

Комментарии

Информация по комментариям в разработке