4 Cara buat Agar Agar Crystal Candy Jelly Kohakutou (5 Bahan je!) | basickeli

Описание к видео 4 Cara buat Agar Agar Crystal Candy Jelly Kohakutou (5 Bahan je!) | basickeli

Nombor empat yang paling cantik! bak permata rupa dia ;)

Sebelum ini kita buat agar agar kering, perkenalan saudara terdekat agar agar kering yang meletup dan terpaling cantik; Agar agar kristal Kohakutou!

Bahan dan cara nak bancuhkan dia hampir sama macam kita buat halwa kering tu, tapi yang ini dibentukkan bak permata, sebab itu digelarkan crystal oleh kebanyakkan orang

Ely akan tunjukkan 4 cara bentukkan buatkan agar agar permata ini, dan kali ini, Ely tambah perisa dan juga ada buah juga tau ;) Nanti korang komen yang mana satu paling korang suka!

Sebenarnya banyak lagi cara nak buat crystal candy ini. Ada yang siap letak jem, inti, gold leaf dan juga bahan masam yang lain untuk menyedapkan lagi halwa kristal ini

Selain itu, Ely akan tunjukkan juga cara untuk mengeringkan dia dengan lebih efektif tanpa menjadi terlalu melekit dan relai dengan mudah. Baru la bila makan, nak berASMR ke, rangup betul bunyi agar agar crystal jelly korang tu

Selepas ini, cuba la pula buat resepi agar agar kering tradisional di sini:
5 BAHAN JE! RESEPI AGAR AGAR KERING TRADISIONAL BASICKELI:
   • 5 Bahan Mudah! Cara buat Agar Agar Ke...  

Selamat mencuba!

#resepibasickeli #agaragar #crystalcandy

Комментарии

Информация по комментариям в разработке