ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV [12 SEPTEMBER 18]

Описание к видео ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV [12 SEPTEMBER 18]

Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tahun 2018 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

---

Secara amnya, terdapat 5 Panji-Panji SPB YDP Agong
1. Rejimen Askar Melayu (RAMD)
2. Rejimen Renjer Diraja (RRD)
3. Kor Armor Diraja (KAD)
4. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
5. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Selain dari 5 Panji-Panji di atas, terdapat juga panji-panji rejimen/pasukan yang dikurniakan oleh Raja-Raja Melayu selaku Kolonel Yang Dipertua Kor/Rejimen.

.

Panji-Panji ini adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi ATM. Panji-Panji ini, adalah simbolik kepada maruah sesuatu ketumbukan, smaa seperti yang digunakan di dalam peperangan-peperangan semasa zaman Kegemilangan Islam.

Pentingnya Panji-Panji adalah mengekalkan semangat, moral dan identiti sesuatu perkhidmatan dan pasukan. Di dalam peperangan, gugurnya panji-panji bermakna tewasnya benteng pertahanan terakhir sesuatu ketumbukan ketenteraan.

.

Panji-Panji ini masing-masing turut disematkan dengan "Battle Honor" yang telah dianugerahkan.

Penganugerahan Panji-Panji ini adalah sebagai mengenang jasa dan perkhidmatan cemerlang oleh perkhidmatan dan pasukan kepada negara. Setiap Panji-Panji diletakkan "Battle Honour" yang melambangkan peperangan atau misi yang pernah dilalui oleh sesuatu rejimen/perkhidmatan tersebut.

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah satu upacara istiadat gilang-gemilang yang diadakan setiap tahun. Panji-Panji ini diarak sebagai satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan tidak berbelah bahagi oleh ATM kepada raja dan negara.

.

Istiadat turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong mewakili Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi mewakili Panglima Angkatan Tentera dan Ketua polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi bin Harun.

- Mohd Zulhelmi-
12 September 2018
Kementerian Pertahanan Malaysia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке