Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Описание к видео Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023.
Bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, sambutan kali ini melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dibahagikan kepada 9 komponen iaitu kenegaraan; perpaduan Malaysia MADANI; ekonomi; perbankan; telekomunikasi; industri kreatif dan penyiaran; sukan negara; kesejahteraan serta keselamatan negara.

Acara tahunan ini diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta ahli-ahli Jemaah Menteri.

#merdeka66 #Airtimes #pertahanan #malaysia #semasa #harimalaysia #harikebangsaan #putrajaya #merdeka #independent #nationalday #malaysiamerdeka

Комментарии

Информация по комментариям в разработке