Boron Merajuk tak nak ikut balik!!!! UBEYZUL BOAT CHARTER!!!

Описание к видео Boron Merajuk tak nak ikut balik!!!! UBEYZUL BOAT CHARTER!!!

Nukilan admin POK KU..

TRIP MEET & GREET UBEY ZUL BOAT CHARTER

Salam dan salam sejahtera semua sahabat-sahabat khususnya para customer Ubey Zul Boat Charter 🤝

Alhamdulillah selesai trip meet & greet kami bersama Captain kesayangan ramai saudara Ubey Zul semalam. Trip kali ini di organize sendiri oleh Captain & kami dijemput untuk hadir (biasa kami organize ini kali jadi player pula 😂)

Fokus utama trip adalah untuk memperkenalkan para organizer SAH yang dilantik oleh captain sendiri untuk pengurusan & butiran trip Ubey Zul di masa hadapan.

Organizer:

Johor: Iskandar Arifin Ibrahim Mahmod M.k. Naim Mohammad Zaki ARe Tan Laa Ramlan Ahmad & Mohd Najib Abd Rahman

Melaka: Pok Ku

Ada lagi beberapa organizer yang dipilih tetapi tidak dapat hadir atas faktor masa dan kerja. Untuk makluman semua tugas menjadi organizer bukanlah suatu tugasan mudah. Menjayakan trip suatu hal, menyediakan dan menguruskan angler juga lain hal. Menjadi nadi penghubung komunikasi antara captain dan juga para angler juga antara tugasan penting seorang organizer. Ia merupakan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh kami.

Jadi sebagai penghargaan untuk kami yang telah bertungkus lumus bertugas sepanjang tahun ini dan tahun-tahun kebelakangan ini captain menjemput kami untuk turun memancing bersama meluangkan sedikit masa bergembira setelah sekian lama. Jutaan terima kasih captain 😘

Jadi untuk anda semua yang ingin merasai sensasi memancing bottom drift bersama Captain Legenda Ubey Zul anda semua boleh berhubung dengan kami untuk sebarang pertanyaan dan butiran tentang trip. Kami akan berkongsi pengalaman sedia ada & menguruskan kebajikan anda sebelum, semasa & selepas trip. Buat angler yang tidak cukup 1 team khususnya atau angler perseorangan kita akan adakan trip bas lompat di mana anda semua akan kita kumpulkan di dalam 1 trip yang akan diuruskan oleh organizer yang sah. Sambil memancing sambil kenal rakan-rakan baru bukankah itu lebih indah untuk dikenang 😉

Ubey Zul Boat Charter menyediakan 2 buah bot untuk sesi bottom drift di mana Bot 2 dikendalikan oleh anak buah captain iaitu Captain Shahrol Safuan yang juga mampu menawarkan sensasi pancingan bottom drift.

Perjalanan ini masih panjang jadi buat para sahabat angler yang tidak berpeluang/ berkesempatan untuk menaiki Ubey Zul Boat Charter untuk sesi 2023 jangan risau. Rancang trip anda seawal yang mungkin dengan menghubungi para organizer yang anda selesa.

Akhir kalam kami mendoakan agar Captain Ubey & anak-anak buahnya terus kekal sihat dan panjang umur agar lebih ramai angler khususnya di Malaysia ini dapat merasai sensasi memancing di salah 1 padang pancingan paling ekstrim ini dan selamat maju jaya Ubey Zul Bot Charter!! 😘😘😘

Bagi sahabat yang ingin membeli Rod monstar eternity ni boleh contact;

Ibrahim mahmood
https://wa.link/l8097n
https://www.facebook.com/ibbmhd?mibex...

Iskandar arifin
https://wa.link/axb40o
https://www.facebook.com/iskandar.jos...

Pok ku
https://wa.link/nodg3z
https://www.facebook.com/brad.pett.3?...

Ubey zul facebook
https://www.facebook.com/wan.mohdhari...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке