Resepi Kurma Ayam - Teknik Rahsia

Описание к видео Resepi Kurma Ayam - Teknik Rahsia

Resepi kurma ayam ini sangat mudah disedaikan untuk orang yang baru belajar masak. Selamat mencuba. Resepi lengkap di https://www.nasserskitchen.com/resepi...








Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah kurma ayam. Resepi adalah salah satu resepi pertama yang saya pelajari dari ibu saya dan sangat sesuai untuk orang yang baru belajar memasak. Tonton hingga ke akhir video untuk dapatkan kurma ayam seperti ini. Tanpa berlengah lagi, JOM kita ke dapur!

Bahan utama yang kita perlukan ialah 1 kg daging ayam. Saya gunakan bahagian peha dan sayap, anda boleh gunakan mana-mana bahagian yang anda suka. 6 sudu besar rempah kurma. 5 kuntum bunga cengkih, 1 batang kayu manis, 1 kuntuk bunga lawang dan 5 biji buah pelaga.

1 biji buah tomato di belah 4, 2 biji kentang dan 2 biji cili hijau. Kalau mahu, boleh potong cili dan kentang seperti ini. 200ml susu cair.

Untuk bahan kisar, 2 biji bawang merah, 1/2 inci halia dan 5 ulas bawang putih. Potong kasar seperti ini sebelum dikisar. ini akan memudahkan proses mengisar. Masukkan bahan-bahan kedalam pengisar. Bawang merah, bawang putih dan halia. Tambahkan sedikit air dalam 100ml. Resepi ini tidak menggunakan bawang hiris. Tutup dan kisar sehingga halus.

Bawang kisar ini jaga akan memekatkan kuah kurma ayam kita keran bawang kisar lebih mudah larut selepas dimasak berbanding bawang hiris. Pindahkan bahan kisar ke mangkuk yang sesuai. Dan tambahkan rempah kurma. Masukkan separuh dahulu dan gaulkan. Kemudian masukkan baki rempah. Gaulkan perlahan-lahan sehingga menjadi pes seperti ini dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian masukkan 4 sekawan , buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan kayu manis. Jangan gunakan api yang kuat supaya tidak hangus. Kemudian masukkan pes rempah yang kita sediakan tadi. Tumiskan pes bersama 4 sekawan untuk 5 minit. Pes akan menjadi pekat sedikit, tambahkan sedikit air. Gunakan mangkuk pes tadi supaya baki pes dapat digunakan. Air akan menurunkan suhu kuali supaya pes dapat dimasak lebih lama.

Kesilapan yang sering dilakukan ialah menumis bawang dan rempah terlalu singkat masanya. Bawang dan rempah perlu digoreng secukupnya. Kesilapan yang sering dilakukan ialah menumis rempah terlalu singkat masanya. Ini akan menghasilkan rasa rempah dan bawang yang masih mentah dan kurang sedap. Gunakan api yang sederhana kuat dan kacau dari masa ke semasa supaya pes rempah tidak hangus.

Pes akan semakin kering dan pekat. Masukkan ayam. Pastikan pes sudah kering dan pecah minyak kerana ayam perlu digoreng dengan pes. Jika pes masih lembab, suhu kuali tidak akan cukup panas.Tujuan kita sekadar menggaringkan bahagian luar ayam sahaja seperti ini. Bila ayam digoreng dahulu, perisanya lebih sedap daripada ayam yang direbus sahaja. Oleh itu, ayam digoreng dahulu sebelum kita tambah air.

Tambah 2 cawan air. Larutkan pes ke dalam air. Kacau! Jangan Tak Kacau! Masukkan 2 sudu kecil garam atau secukup rasa, kalau suka kurang masin kurangkan. Gaulkan supaya rata. Jika mahu, boleh tambag 1 sudu kecil serbuk perasa. Masukkan kentang dan cili hijau. Kuatkan api. Bila sudah mendidih, kecilkan api dan tutupkan kuali. Renihkan untuk 25-30 minit.

Kuah akan semakin pekat. Tambahkan susu cair dan 1/2 cawan air. Masukkan 1 sudu kecil gula sebagai pengimbang rasa. Kacau supaya rata. Bila kuah mula mendidih lagi, masukkan buah tomato. Renihkan untuk 10 minit lagi dan kalau suka kuah kurma yang lebih pedas, boleh tambah sedikit cili padi. Kurma ayam siap untuk dihidangkan dengan hiasan daun ketumbar. Sangat sesuai di padankan dengan nasi putih atau pun nasi serai. Selamat mencuba!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке