Kari Ayam Paling Senang - Tips dan Rahsia

Описание к видео Kari Ayam Paling Senang - Tips dan Rahsia

Resepi Kari Ayam Paling Senang ini sangat sesuai untuk orang yang baru belajar memasak. Tonton hingga akhir untuk tips dan rahasia masak kari. Selamat mencuba!
Enaq Shop Shopee https://shp.ee/9z57nab
Enaq Shop Lazada https://tinyurl.com/amhepk4










Selamat datang ke Nasser's Kitchen bersama Enaq. Resepi kali ini ialah satu resepi untuk kari ayam yang mudah disediakan. Untuk mendapatkan tips dan rahsia kari ayam seperti ini, tonton hingga ke akhir video. Jom kita ke dapur!

Bahan-bahan yang kita perlukan 1.2kg ayam, di sini saya gunakan bahagian kaki dan peha. Anda boleh gunakan apa-apa bahagian yang anda suka.

6 sudu besar atau 60g serbuk kari daging, 5 kuntum bunga cengkih, 6 biji buah pelaga dan 2 batang kayu manis.

2 biji kentang, 2 biji buah tomato dan 1 batang lobak merah. Potong kasar seperti ini. 1 sudu besar sos tomato Enaq.

2 biji bawang merah. 5 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Potong kasar seperti ini sebelum dikisar. Untuk kuantiti kecil seperti ini saya gunakan hand blender. Dalam resepi ini saya tidak akan menumis bawang yang di hiris. Bawang kisar juga akan menjadikan kuah kari lebih pekat. Tambah sedikit air dan kisar sehingga halus. Tuangkan ke dalam mangkuk. Dan tambah rempah kari. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi pes.

Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan cengkih, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sekejap sahaja dan masukkan pes rempah kari. Inilah langkah yang paling penting semasa memasak kari. Bawang dan rempah perlu digoreng secukupnya. Kesilapan yang sering dilakukan ialah menumis rempah terlalu singkat masanya. Ini akan menghasilkan rasa rempah dan bawang yang masih mentah dan kurang sedap. Gunakan api yang sederhana kuat dan kacau dari masa ke semasa supaya pes rempah tidak hangus. Pes akan semakin kering dan pekat. Tambahkan sedikit air. Ini akan menurunkan suhu pes dan membolehkan pes dimasak lebih lama.

Bila pes sudah garing dan pekat seperti ini, ,masukkan ayam. Pastikan pes sudah kering dan pecah minyak kerana ayam perlu digoreng dengan pes. Jika pes masih lembab, suhu kuali tidak akan cukup panas. Bila ayam digoreng dahulu, perisanya lebih sedap daripada ayam yang direbus sahaja.

Goreng untuk 2-3 minit dan masukkan santan. Kacau! Jangan tak kacau!
Tambahkan 2 cawan atau 500ml air. Kuatkan api. Bila sudah mendidih, kecilkan api adan tambah 2 sudu kecil Enaq Bethol. Dan 2 sudu kecil garam. Tambah 1 sudu besar sos tomato Enaq. Dan masukkan lobak merah dahulu kerana ianya memerlukan masa paling lama untuk masak. Selepas 5 minit masukkan kentang pula. Renihkan untuk 20 minit dan masukkan buah tomato. Renihkan 45minit sehingga 1 jam supaya ayam empuk. Kari ayam siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке