Demonstrasi Operasi Perairan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)

Описание к видео Demonstrasi Operasi Perairan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) mempersembahkan demonstrasi operasi perairan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin ketika lawatan baginda ke Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) baru baru ini.

Menurut Komandan IKEM, Kolonel Ts. Ainol Huda Abd Manap menjelaskan, demonstrasi-demonstrasi yang dilaksanakan pada hari itu adalah sebahagian daripada kepakaran dan aset-aset Jurutera yang membantu TDM serta agensi awam di dalam negara.

“Demonstrasi utama yang dipamerkan adalah operasi menyeberangi sungai dengan menggunakan peralatan RAJD yang berfungsi sebagai bantuan tempur dalam membantu TDM dalam melaksanakan operasi,

“Operasi ini amat penting kerana mobiliti dalam TDM sangat bergantung kepada bantuan tempur iaitu aset-aset yang terdapat dalam RAJD,

“Pelaksanaan demonstrasi ini bagi menunjukkan kepada Tuanku terdapat aset-aset Jurutera yang dapat membantu Tentera Darat secara langsung dan tidak langsung,”.

Demonstrasi lain adalah pembinaan jambatan dan melawan keganasan dalam persekitaran CBRNE dan Improvised Explosive Device (IED).

Juruvideo:
- Al - Fahimie
- Ahmad Pasri

Jurukamera: Nurulhuda

Wartawan: Nurulhuda

#AirTimes #RAJD #IKEM #TD #ATM

Комментарии

Информация по комментариям в разработке