Ulasan Ashabul Kahfi oleh PMX dikatakan sesat? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Описание к видео Ulasan Ashabul Kahfi oleh PMX dikatakan sesat? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Status Dan Sumber Kisah Ini

Kisah ini adalah sahih kerana ia disebut di dalam al-Quran iaitu di dalam surah al-Kahfi yang mana al-Quran adalah mutawatir. Walaubagaimanapun, di dalam al-Quran tidak diceritakan secara terperinci kerana al-Quran lebih mengutamakan pengajaran daripada kisah tersebut. Selain itu juga, di dalam Mushannaf Abd al-Razzaq ada disebut kisah Ashabul Kahfi ini pada jilid kelima, halaman ke-423.

Ringkasan Kisah Ashabul Kahfi

Imam Ibn Kathir menceritakan secara ringkas akan kisah Ashabul Kahfi ini di dalam kitabnya: “Kisah ini menunjukkan bahawa ia berlaku pada zaman awal seperti mana yang disebut oleh sebahagian ahli tafsir bahawa ia berlaku selepas daripada al-Masih dan pada waktu itu mereka (kaum Ashabul Kahfi) adalah Nasrani. Apa yang nyata daripada teks (ayat al-Quran) bahawa kaum mereka adalah musyrikin (syirik kepada Allah SWT) dengan menyembah berhala. Telah berkata ramai daripada kalangan ahli tafsir, sejarah dan selain daripada mereka, kisah ini dikatakan berlaku pada zaman raja Diqyanus. Tambahan pula, mereka daripada kalangan anak-anak pembesar dan dikatakan juga bahawa mereka daripada kalangan anak-anak kepada raja-raja pada waktu itu. Mereka telah berpakat untuk berkumpul pada hari perayaan kaum mereka lalu mereka melihat bahawa kaum mereka telah sujud kepada berhala serta membesar atau mengagungkan berhala-berhala tersebut. Ini kerana, mereka telah melihat dengan pandangan hati yang suci, di samping Allah SWT telah membuka hati-hati mereka daripada sesuatu yang membawa kepada kelalaian dan mengilhamkan petunjuk kepada mereka. Dengan itu, mereka mengetahui bahawa kaum mereka tidak berada dalam kebenaran maka mereka pun keluar daripada agama mereka (agama asal) dan berpindah kepada menyembah Allah SWT yang esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya”. [al-Bidayah wa al-Nihayah, 2:114]

Beliau berkata, bagi individu yang tidak atau kurang mendalami ilmu perbandingan agama dan sejarah Nabi, sudah tentu sukar bagi mereka memahami isu ini secara jelas.

Beliau berkata, sebenarnya ia berkait dengan akidah Tauhid yang diyakini tujuh pemuda ketika berlindung di dalam sebuah gua demi bagi memelihara dan mempertahankan keyakinan itu.

"Punca kekeliruan berkaitan isu ini adalah kerana istilah 'Kristian' yang diguna oleh PMX dalam ucapan beliau apabila merujuk kepada Ashabul Kahfi.

"Berikutan istilah Kristian itu, maka seluruh Malaysia menjadi riuh rendah dengan pelbagai pihak memberi pandangan dan komen yang bercampur baur antara input akademik dan tujuan politik ," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, perlu dijelaskan bahawa kawasan Timur Tengah pada masa itu berada di bawah pemerintahan Rom Timur yang juga dikenali sebagai Empayar Byzantium, sedangkan agama empayar itu adalah Paganime.

Katanya, ulamak tafsir dan ahli sejarah berbeza pandangan mengenai zaman kejadian ini dan ramai yang berpendapat ia berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa AS dan ada yang berpendapat ia berlaku selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW.

"Susulan perbezaan pandangan ini maka berbezalah pula agama mereka dan jika peristiwa itu berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa AS, maka sudah tentu mereka bukan beragama Kristian.

"Begitu sebaliknya jika peristiwa itu berlaku setelah Nabi Isa AS lahir, maka logiknya mereka beragama Kristian iaitu agama yang dijenamakan sempena nama Jesus Christ menurut sebutan orang Barat," katanya lagi.

Menurut Wan Salim, perlu diketahui bahawa daripada perspektif Islam, sekalian Rasul Allah adalah menyeru kepada agama sama iaitu Islam dalam pengertiannya yang umum - menyerah kepada kehendak Allah SWT berpaksikan kepada akidah Tauhid (kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa).

Namun di dalam perjalanan sejarah yang lama, maka berlakulah penyelewengan terhadap ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Allah itu.

Terdahulu tular di media sosial seorang penceramah bebas mengupas ucapan Anwar berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lalu.


Sokong Saluran YouTube Kami dengan langganan di bawah ini:
   / @realridzstudio  

Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
(Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")

Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: [email protected]

Terima kasih!

---

Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.

Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
di atas nama Mohamad Ridzuan

e-melkan bukti pembayaran: [email protected] / WA +60124372108.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке