“PENCIPTA KANDUNGAN PERLU BIJAK BERBAHASA”, ABANG CRIME @ FAIZAL MURAD

Описание к видео “PENCIPTA KANDUNGAN PERLU BIJAK BERBAHASA”, ABANG CRIME @ FAIZAL MURAD

“PENCIPTA KANDUNGAN PERLU BIJAK BERBAHASA”, ABANG CRIME @ FAIZAL MURAD

Ruangan : Wawansabda Bahasa

Editor : Yusaida Yusof

Penulis : Rosli Mohd Nordin

Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn_

Jurufoto & Videografer : Azrul Aziz Aziz (IG : @azrul_azizi_aziz)

Jurusolek & Rambut : @

Pakaian : Terima kasih @

Lokasi : Putrajaya Equestrian Park

Terima Kasih : Kelab Kuda Istimewa (UNIK) & Oh!Ria Fest Management

Majalah : Dewan Bahasa

Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP

Isu : September 2024



“PENCIPTA KANDUNGAN PERLU BIJAK BERBAHASA”, ABANG CRIME @ FAIZAL MURAD

Oleh : Rosli Mohd Nordin



Kejadian jenayah tidak sahaja memberi impak negatif kepada pembangunan sesebuah negara khususnya melibatkan aspek sosio-ekonomi, politik, psikologi, pendidikan dan sektor pelancongan. Daripada sudut ekonomi, peningkatan kejadian jenayah boleh mengakibatkan kos tambahan kepada kerajaan dan masyarakat untuk meningkatkan aspek keselamatan, perkhidmatan kesihatan dan sistem keadilan sehingga menjejaskan pelaburan asing kerana impak ketidakstabilan di sesebuah negara.



Daripada sudut sosial pula, kejadian jenayah akan mewujudkan rasa ketakutan dan tidak selamat kepada khalayak umum sehingga boleh menjejaskan kualiti hidup penduduk. Invidu dalam sesebuah komuniti mungkin menjadi kurang bersatu dan lebih berwaspada sehingga boleh merosakkan hubungan sosial dalam komuniti khususnya yang berbilang kaum.



Manakala dalam aspek politik pula, kejadian jenayah yang berleluasa akan memberi gambaran ketidakstabilan sesebuah kerajaan menguruskan sesebuah negara. Akibat kejadian jenayah yang tinggi, ia menyebabkan krisis politik atau perubahan dalam kepimpinan kerajaan kerana rakyat mungkin kehilangan kepercayaan terhadap kemampuan kerajaan untuk menjaga keselamatan diri dan aset-aset mereka.



Justeru dengan wujudnya pelbagai pelantar media sosial khususnya TikTok, ramai pencipta kandungan yang memilih genre jenayah sebagai elemen utama di pelantar media sosial masing-masing. Inilah yang menyebabkan seorang bekas eksekutif penerbitan dan wartawan serta pengacara program TV terkenal, Faizal Murad menjadikan cerita-cerita jenayah sebagai cerita utama yang dikongsikan di pelantar TikTok beliau yang menggunakan nama Abang Crime. Ikuti temuramah saya bersama beliau.



Ceritakan latar belakang Faizal.

Saya merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik. Membesar di Seremban, Negeri Sembilan dan Sungai Petani (Kedah), kini menetap di Shah Alam, Selangor.



Saya lahir pada 10 Mei 1986 di Miri Sarawak. Sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata. Tahun ini secara langsung dan tidak langsung, saya telah terlibat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan hampir 15 tahun. Kini saya berkerja sebagai Pengurus Editorial untuk sebuah pelantar digital maya dan saya juga merupakan seorang Pempengaruh yang menerbitkan pelbagai kandungan media sosial di TikTok.



Latar akademik.

Oleh kerana ayah saya merupakan penjawat awam, saya sering bertukar-tukar sekolah sejak daripada sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Saya mendapat pendidikan awal di dua buah sekolah di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kelana dan Sekolah Kebangsaan Senawang.



Pendidikan menengah pula saya bersekolah di tiga buah sekolah iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang (Negeri Sembilan), Sekolah Menengah Kebangsaan Amanjaya (Kedah) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong (Kedah). Oleh kerana keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) saya memberangsangkan saya diterima melanjutkan pengajian di sehingga berjaya mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran).



Sejak di sekolah rendah dan menengah saya sangat aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum dan pelbagai pertandingan seperti pengucapan awam, pidato, forum dan kadet polis. Manakala di universiti pula saya aktif menjadi pengacara majlis (emcee), penganjuran acara dan aktif dalam bidang penerbitan radio dan televisyen di kampus.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке