“Selepas didiagnos Kanser, My Husband left me” Puan Noor Azlin Dato Kamaruzaman

Описание к видео “Selepas didiagnos Kanser, My Husband left me” Puan Noor Azlin Dato Kamaruzaman

Dilarang memuat turun / memuat naik video ini tanpa kebenaran bertulis ke pihak Mingguan Wanita / Nu Ideaktiv & memuat naik ke mana-mana platform.

"Saya dikejar ah long kerana hutang-hutang yang bekas suami buat. Dalam keadaan operasi mastektomy, apa lagi mampu saya buat selain serahkan pada Allah. Tangan bukan kuat mana pun, pegang cawan pun pecah tapi saya dianggap menyusahkan dirinya.

"Benar penyakit ini ujian buat saya. Juga cabaran dalam rumahtangga. Saya pernah dikelilingi kemewahan tapi semuanya Allah ambil semula bila jatuh sakit. Saya redha dengan ujian ini.

"Tapi apa yang ingin kongsikan, tak kira apa saja ujian kita mesti bangkit. Allah ada jadi tempat mengadu.

Tidak mahu meraih simpati dengan ujian penyakitnya, Pengasas kosmetik O'lynn The Beauty Legend yang sudah 27 tahun bertapak di pasaran dan dipercayai ramai wanita, Noor Azlin Dato Kamaruzaman berkongsi ujian hidupnya.

"Saya mahu bangkit kembali. Produk O'lynn The Beauty Legend masih ada di pasaran. Ramai ingat saya sudah meninggal tapi sebenarnya banyak berdiam diri selepas diuji dengan kanser ini.

"Doakan saya mampu bangkit kembali dan bersemangat untuk kembali berniaga seperti dahulu kala,"katanya yang tampil kali pertama di media selepas beberapa tahun menyepi.

#mingguanwanita #sembangwanita #podcast #vodcast #cancer #cancersurvivor #breastcancer #pinkribbon

Комментарии

Информация по комментариям в разработке