“Rasa Nak Korek Kubur Anak-Anak, Saya Hanya Rindu..”

Описание к видео “Rasa Nak Korek Kubur Anak-Anak, Saya Hanya Rindu..”

Dilarang memuat turun / memuat naik video ini tanpa kebenaran bertulis ke pihak Mingguan Wanita / Nu Ideaktiv & memuat naik ke mana-mana platform.

"Bila nampak mayat anak lelaki dan perempuan terbaring kaku, mulut terus sebut Innalillahiwainailahirojiun tapi dalam hati, masih mahu nafikan hal itu. Saya bergegas cari anak bongsu dengan harapan dirinya masih selamat tapi...

"Bibir Lukman ketika itu dah biru. Mukanya pucat, tak ada merah-merah pun. Dada pun dah tak ada turun naik. Ketika itu, saya tahu anak saya dah tak selamat, dah tak ada. Ketika itulah saya meraung sekuat-kuatnya...

"Saya tengok satu-satu mayat anak. Walau luka mereka teruk tapi satu darah pun ada. Ketika itu saya sedar saya kehilangan tiga orang anak dalam kemalangan ini.

Jujurnya ketika mereka keluar membeli aiskrim, keadaan saya seperti dilekakan. Bila habis memasak saya duduk bawah rumah ambil angin namun tiba-tiba perasaan berdebar itu datang.

"Saya terus berdoa, "Ya Allah kau selamatkanlah anak-anakku. Mungkin ketika perasaan itu datang, ketika itulah malaikat sudah mengambil anak-anak saya...

Ikuti kisah sedih Nur Baizura Mustaffa, 35 yang berkongsi pengalaman hilang tiga anak serentak tanggal 24 Jun tahun lalu dan dirinya mengimbas kenangan indah ketika bersama anak-anak yang kini sedang berlari di syurga.

#sembangwanitaxtra #mingguanwanita #kemalangan #accident #pekan #pahang #syurga #anaksyurga #rindu #hanyarindu

Комментарии

Информация по комментариям в разработке