Kek coklat kukus tanpa telur | Sedap dan Mudah tanpa mixer

Описание к видео Kek coklat kukus tanpa telur | Sedap dan Mudah tanpa mixer

Kek coklat kukus tanpa telur Hi semua , kali ini Malaykitchen suka nak berkongsi resepi kek coklat kukus tanpa telur. Jangan risau kalau di rumah tak ada telur sebab masih boleh buat kek coklat dengan resepi ni. Selain tu mungkin ada diantara kita yang alah pada telur , terutamanya kanak- kanak jadi bolehlah kita buat sendiri kek coklat kukus tanpa telur. Proses memasak secara kukus yang cepat dan menggunakan bahan yang mudah. Mesti cuba ya.

Bahan-bahan kek coklat kukus tanpa telur:

0:00​​​​ Resepi kek coklat kukus
0:25 Cara buat kek coklat kukus
3:00​​​ Hasilnya kek coklat yang cantik dan sedap

1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 sudu besar cuka masakan
1/2 cawan minyak masak
1 cawan (110-125gram) tepung selfraising
Sedikit garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko

Cara-cara:
1. Campurkan susu cair dengan cuka dan biarkan ia sebati selama 10 minit.
2. Kemudian di dalam sebuah bekas masukan gula, minyak masak dan campuran susu cair dan cuka. Whisk sebati semua bahan ni sehingga gula larut.
3. Selepas itu boleh masukan bahan kering ( tepung, serbuk koko, garam dan soda) dan kacau sebati semua bahan.
Tips : Jika tiada selfraising flour boleh gunakan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder).
4. Isikan adunan kek ke dalam acuan kuih lompang . Isikan 3/4 daripada penuh acuan.
5. Kukus dengan api sederhana selama 20 minit.

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
   / malaykitchen​  

Laman web rasmi MALAY kitchen:
https://malaykitchen.my​

Telegram MALAY kitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Tiktok MALAY kitchen :
  / malaykitchen  

Muzik oleh : Ikson
  / ikson  

#malaykitchen #kekcoklat #kekcoklatkukus

Комментарии

Информация по комментариям в разработке