PERTELINGKAHAN SALAFI (WAHABI) DAN ASYA'IRAH - Punca Dan Penyelesaiannya

Описание к видео PERTELINGKAHAN SALAFI (WAHABI) DAN ASYA'IRAH - Punca Dan Penyelesaiannya

PERTELINGKAHAN SALAFI (WAHABI) DAN ASYA'IRAH - Punca Dan Penyelesaiannya
Maulana Muhd Asri Yusoff
Kota Bharu
22 Jun 2022

Poster -"Salah Faham Istilah Wahabi" - https://wp.me/pag202-pg

EKTRAKS/SINOPSIS

1. Kita sudah terkena penyakit Yahudi Dan Nasrani (yang saling menyesatkan), contohnya, pihak Asyairah menuduh Wahabi sesat dan tergolong dalam 72 puak yang sesat yang disebut Nabi s.a.w

2. Sebaliknya pihak Salafi/Wahabi pula menuduh Asyairah sesat, menyebabkan kita bersengketa sesama sendiri.

3. Nasihat ini ditujukan kepada semua terutamanya pihak berkuasa agama kerana kita sebenarnya inginkan kebaikan tetapi terleka dan tersalah jalan.

4. Kalau dibiarkan berterusan, pertelingkahan ini mungkin akan mencetuskan perang saudara.

5. Perlu amat berhati-hati dalam menuduh sesama Islam terutamanya melibatkan aqidah. Islam menetapkan kriteria yang amat ketat untuk menuduh seseorang itu kafir.

6. Saudara-saudara kita ini solat bersama kita, makan sembelihan kita dan mempunyai terlalu banyak persamaan dengan kita, mengapa kita sanggup menyesatkan mereka?

7. Kita sepatutnya hentikan segera fenomena sesat menyesatkan sesama kita. Malangnya sehinggakan dalam khutbah pun disebut Wahabi sesat!

8. Jika Wahabi itu sesat, maknanya berjuta-juta orang Islam dalam dunia telah sesat!

9. Kita sepatutnya mendakwahkan orang kepada Islam bukan mengeluarkan orang dari Islam. Kita sepatutnya melayan sesama Islam seperti adik beradik.

10. (Fenomena sesat menyesatkan ini, menggambarkan) Seolah-olah dalam masyarakat kita sudah pupus bijak pandai!

11. Siapakah Wahabi yang sebenarnya pun tidak dapat didefinasikan dengan tepat!

12. Masyarakat awam tidak tahupun apa sebenarnya yang disebut Wahabi itu. Tapi malangnya apabila dilabel Wahabi, otomatik dicop sesat!

13. Perlu jelas apa yang dikatakan "Wahabi", kerana amalan yang ditentang oleh Wahabi sebenarnya telah disebut oleh ulama' Melayu silam yang diterima umum sebelum ini .

14. Sesuatu takrif perlu lengkap (jami') dan menghalang masuknya elemen lain (maani') - kalau tiada maani', orang yang tidak Wahabi pun boleh dituduh Wahabi.

15. Bila tiada definisi jelas siapakah Wahabi, maka mudahlah seseorang itu dituduh sebagai Wahabi yang sesat malah sehingga dianggap kafir.

16. Apa sebenarnya peranan kita? Kita pula, (ulama' dan cerdik pandai agama) yang mengajar umat supaya berpecah melalui mimbar-mimbar khutbah!

17. Elok kita muhasabah diri sendiri, kemungkinan pendirian kita selama ini silap.

18. Pertelingkahan yang berlaku adalah kerana kejahilan kita sendiri dalam memahami agama terutamanya memahami ayat-ayat mutasyabihat seperti tangan Allah dsb.

19. Tidak sepatutnya menyesatkan orang Islam atas perkara khilafiah yang termasuk dalam furu' aqidah. Kita patut bersyukur kerana Wahabi mendedahkan ajaran Salaf yang sebenar.

20. Banyak jasa golongan yang digelarkan "Wahabi" ini kerana memperkenalkan semula ilmu-ilmu yang benar dari golongan salaf.

21. Dengan menolak dan menyesatkan ajaran salaf yang dibawa oleh golongan yang dianggap Wahabi ini bermakna kita menyesatkan sekian ramai imam-imam dahulu.

22. Ini sebenarnya adalah ujian untuk kita. Ujian terhadap persaudaraan sesama kita, ujian keteguhan tauhid kita.

23. Mereka yang enggan bertawassul dalam bentuk yang salah, dituduh Wahabi.

24. Perlu direnung sejenak, jalan yang lebih selamat ialah tidak bertawassul kerana konsep tawassul yang salah akan membawa kepada syirik.

25. Perkara sebeginilah yang menyebabkan persengketaan sesama kita.

26. Marilah kita berbincang dengan harmoni.

27. Dulunya yang sekat Nabi dari pergi ke Mekah (untuk beribadat di Masjidil Haram) ialah orang kafir.

28. Tapi sekarang ustaz-ustaz yang jujur (yang dilabel sebagai Wahabi) difitnah (seperti kononnya menolak ulama') dan dihalang dari menyampaikan ilmu di masjid-masjid.

29. Sebaliknya "ustaz-ustaz" yang sependapat dengan pihak berkuasa, walaupun salah, diberi tauliah dan ruang untuk berceramah dsb.

30. Walaupun kita bersetuju dengan pendapat golongan Salafi ini, perlu diingat bahawa kita tidak bersetuju dengan mereka yang mengkafirkan Asyairah. Asyairah pun ahli sunnah.

31. Perlu direnung ayat al-Baqarah 113 dan 114 kerana nampaknya apa yang disebut tentang sifat kaum Yahudi dan Nasrani ada pada kita umat Islam hari ini!

32. Ingatlah kata-kata Imam Muhd Abduh, "Islam ini terdinding (tidak nampak cantik) kerana orang Islam itu sendiri".

33. Pada asasnya kedua-dua pihak (Salafi dan Asyairah) berniat baik, tetapi disebabkan pengajian aqidah yang tidak sempurna timbullah kecelaruan ini.

34. Kesilapannya kerana mengatakan di Malaysia ahli sunnah waljamaah hanyalah Asyairah dan Maturidiah, sedangkan Salafiah telah wujud sebelum dari kedua-dua aliran ini.

35. Untuk mendamaikan sesama Islam, inilah perkara pokok yang perlu diperbetulkan. Ahli sunnah waljamaah terdiri dari aliran Asyairah, Maturidiah dan Salafiah.

SAMBUNGAN EKSTRAKS/SINOPSIS DALAM RUANGAN KOMEN YOUTUBE

Комментарии

Информация по комментариям в разработке