[Dgn Sarikata]-Bukalah Minda- Usul & Furu' Akidah; Habib Umar

Описание к видео [Dgn Sarikata]-Bukalah Minda- Usul & Furu' Akidah; Habib Umar

https://darulkautsar.wordpress.com/
BUKALAH MATA, BUKALAH MINDA -

TENTANG USUL DAN FURUK AQIDAH
TENTANG HABIB UMAR
INSTITUSI AGAMA
WAHABI & ASYA'IRAH

Maulana Muhammad Asri Yusoff
Kota Bharu, Kelantan

KESIMPULAN

1. Perlu faham usul Dan furu' Aqidah untuk mengelakkan perbalahan berterusan di antara kumpulan Asya'irah Dan Salafiyah (Wahabi).

[ NOTA - MAKLUMAT LANJUT TENTANG USUL DAN FURU' AQIDAH BOLEH DILIHAT DI SINI - https://darulkautsarpencerahanaqidah.... ]

2. Habib Umar adalah pelopor amalan bid'ah ziarah kubur Nabi Hud.
3. Ada institusi agama termasuk mufti yang tidak menunaikan amanah seperti yang sepatutnya.
4. Kumpulan Wahabi adalah salah satu dari kumpulan ahli sunnah wal jamaah.


SINOPSIS DARI VIDEO

1. Kegagalan memahami "usul" dan "furu' " akidah menyebabkan timbulnya tuduhan-tuduhan tidak berasas di antara Asya'irah dan Salafiah. Kalau kita faham bahawa akidah ini ada "usul" dan ada "furu' " nescaya akan selesailah kemelut ini.

2. Malangnya, diperhatikan, bukan hanya orang awam, tetapi pegawai-pegawai agama yang ada kedudukan pun tidak faham perkara ini. inilah hakikatnya.

3. Mereka menuduh Maulana Asri bukan seorang ahli sunnah. "Bukan Ahli Sunnah" bermaksud sesat ataupun bukan Islam. Satu tuduhan yang amat berat. Tuduhan sebegini perlu ada bukti yang jelas. Anehnya, beliau yang mengajar al-Quran dan hadith dituduh bukan ahli sunnah! Tetapi mereka yang buat perkara yang tiada asasnya dalam agama seperti habib-habib yang palu gendang di kubur dibawa masuk ke Malaysia; padahal mereka ini tiada tauliah pun! Mengapa perkara sebegini terjadi? Orang-orang agama ini nak bawa kita umat ini ke mana? Amalan zikir sambil menari, tiada dalam sunnah nabi, tetapi mereka benarkan perkara ini berlaku. Orang (Tarekat) yang diisytiharkan sesat seperti Kabbani (pengganti Sheikh Nazim, tarekat Naqsyabandiah) dibenarkan masuk ke Malaysia; fatwa tersebut diabaikan! Mengapa Kabbani boleh datang ke Malaysia, merasmikan sekolah agama dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti keagamaan. Inilah yang menghairankan kita.

4. Baru-baru ini diadakan seminar tentang kesesatan habib. Disangka bahawa pihak-pihak berwajib tidak tahu tentang hal-hal ini. Tetapi rupa-rupanya, mereka tahu hal ini (kesesatan golongan habib), malah membela golongan ini! Alangkah malangnya nasib kita! Semua pihak, sama ada dari pihak Kerajaan atau bukan Kerajaan, perbaikilah keadaan ini dan bertindaklah segera, jangan biarkan nasi sampai jadi bubur!

5. Apakah amalan-amalan songsang habib-habib ini dari sunnah Nabi s.a.w? "Ahli sunnah" sebegini tidak pernah wujud walau di pondok-pondok di zaman dulu. Perkara ini adalah suatu yang serius. Yang sesat dibenarkan, seolah-olah diberi tauliah.

6. Semasa pergi ke Pahang untuk berkuliah agama, Maulana Asri terpaksa berpindah tempat sampai tiga kali kerana dihalang dari berceramah malah diugut. Telahan Maulana Asri, beliau tidak dibenarkan berceramah kerana beliau mengkritik golongan habib. Maulana teagskan apa-apa dakwaan beliau adalah berdasarkan dalil dan hujjah dengan tujuan untuk menjaga akidah umat Islam Malaysia.

7. Golongan habib amat suka pergi ke kubur; nak meminta atau memohon hajat mereka akan pergi ke kubur, bertawassul dengan orang mati dalam kubur! Dalam keadaan orang ramai tidak faham apa itu tawassul, ianya akan membawa kepada syirik. Inilah yang bahaya Mereka berqasidah di kubur, ada yang sujud ke kubur! Golongan ini dibiarkan berleluasa malah dibela oleh pihak-pihak berkuasa. Manakala orang yang ingin menegakkan kebenaran pula dihalang! Bayangkan polis-polis diberkas, apa akan jadi kepada penyangak-penyangak dan perompak-perompak!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке