Buat BUDU Tempayan Guna Ikan BILIS Segar | Resepi Tok Kelantan

Описание к видео Buat BUDU Tempayan Guna Ikan BILIS Segar | Resepi Tok Kelantan

Budu merupakan salah satu kebanggaan di negeri kelahirannya, Kelantan. Budu bukanlah sesuatu yang asing di negara kita tetapi ramai yang keliru budu ini diperbuat daripada apa. Budu ini dibuat menggunakan ikan bilis segar yang diperap bersama garam kasar untuk satu tempoh yang panjang.

Di Kelantan, budu ini menjadi pelengkap lauk-lauk lain di atas meja makan. Budu biasanya akan ditambahkan dengan bawang merah, cili padi dan perahan limau.

Dalam episod kali ini Richard dapat belajar bagaimana proses pembuatan budu yang asli dengan Kak Yah yang merupakan pengusaha Budu Tempayan di Tumpat, Kelantan.

Jika anda ingin merasai rasa asli budu tempayan atau dapatkan pelbagai jenis ikan-ikan beko yang dijual di Kak Yah Budu Tempayan, boleh dapatkan melalui maklumat yang tertera seperti di bawah :

Wan Sapiah binti Wan Yusoff
📍 Lokasi : Kak Yah Budu Tempayan, Geting 16200 Tumpat, Kelantan
☎️ Nombor Telefon : 011 1063 7360

Комментарии

Информация по комментариям в разработке