Buat Ketupat Guna SOTONG? Pencuci Mulut PELIK di Kelantan | Resepi Tok Kelantan

Описание к видео Buat Ketupat Guna SOTONG? Pencuci Mulut PELIK di Kelantan | Resepi Tok Kelantan

Ketupat Sotong merupakan salah satu makanan yang paling digemari oleh Rakyat Kelantan lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Hidangan ketupat sotong ini juga sering menjadi juadah minum petang kerana rasanya yang berlemak dan manis secukup rasa. Walaupun menu ini terkenal di negeri Pantai Timur tetapi ada perbezaan diantara masakan orang Kelantan dan orang Terengganu.

Dalam episod ini, Richard berjumpa dengan Tok Su dan Mok Su untuk belajar cara masak Ketupat Sotong versi Kelantan.

Jika anda ingin merasai kelazatan ketupat sotong ini, sambil melawat Rumah Tiang 12, anda boleh dapatkan melalui tempahan dengan maklumat yang tertera seperti di bawah.

📍Rumah Tiang 12 » Sri Getam Guri Lot 5472-M, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan

☎️ Nombor Telefon » 014 525 5605 - Tok Su

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке