Asam Pedas Melaka Kak Yan | Asam Pedas Ikan Jenahak Melaka Paling Sedap | Resepi asam Pedas

Описание к видео Asam Pedas Melaka Kak Yan | Asam Pedas Ikan Jenahak Melaka Paling Sedap | Resepi asam Pedas

Assalammualaikum dan Hi Semua..

Kalau pergi ke Melaka memang tak sah kalau tak makan asam pedas. Asam pedas Melaka memang sangat sedap. Baunya pun wangi sebab ramuannya ada mengandungi pelbagai rempah-ratus.

Namun nak masak asam pedas Melaka ini kena betul resepi dan cukup bahan-bahannya. Tambah lagi kalau ikut tips yang Kak Yan bagi.

Jom cuba...


Resepi

Asam Pedas Ikan Jenahak Melaka Style

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan jenahak
2 sudu teh halba
2 serai
3 atau 4 sudu besar cili kisar
Sedikit belacan (optional)
10 helai daun limau
7 biji bendi
2 biji tomato
1 cawan air asam jawa
1 cawan minyak
Kiub pati ikan bilis
Garam
Gula melaka atau gula perang



Bahan Kisar

15 biji bawang ros
10 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih

Selamat Mencuba!

Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:

Instagram:  / ​​  
Facebook:  / ​​  
Blogspot: https://azianhasan.com/

Комментарии

Информация по комментариям в разработке