Jumpa Orang Utan Bernama Annuar di Semenggoh Wildlife Centre Sarawak - Orangutans Feeding Time

Описание к видео Jumpa Orang Utan Bernama Annuar di Semenggoh Wildlife Centre Sarawak - Orangutans Feeding Time

Inilah tempat pelancongan yang wajib dilawati apabila anda ke Sarawak! Pusat Hidupan Liar Semenggoh atau Semenggoh Wildlife Centre (SWC) ini menempatkan hidupan liar yang semakin diancam kepupusan iaitu Orang Utan - orangutans.

Menariknya, disini anda berpeluang untuk menyaksikan hidupan ini dengan lebih dekat dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai Orang Utan. Orang Utan disini tidak dijinakkan dan dibiarkan bebas serta liar. Kebetulan sewaktu kami sampai, kami difahamkan sedang musim buah. Jadi, peluang untuk melihat Orang Utan ini agak tipis.

Namun rezeki berpihak kepada kami apabila kami berpeluang berjumpa dan melihat ‘CEO Orang Utan SWC’ iaitu Annuar. Annuar merupakan anak kepada ratu legenda Orang Utan di SWC iaitu Delima. Kami juga berkesempatan berjumpa dengan Ritchie dan Sem. Seronok tengok mereka makan buah pisang, betik dan lain-lain sewaktu feeding time. Tips: Datang sesi petang best sikit. Hehe.

Apa pun, jika anda berpeluang ke Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk melawat Orang Utan di Semenggoh Wildlife Centre. Sarawak… more to discover!

Terima kasih:-
1. Semenggoh Wildlife Centre.
2. Khaimal Borneo Travel & Tours
3. En Fikri Zainol Majid
4. Awin dan Vane from Khaimal Borneo
5. OHC All Star

Комментарии

Информация по комментариям в разработке