Melawat Kampung Budaya Sarawak - Sarawak Cultural Village

Описание к видео Melawat Kampung Budaya Sarawak - Sarawak Cultural Village

Selepas tengok video ‪@FikriZamRi‬ terus kami masukkan Kampung Budaya Sarawak dalam checklist tempat wajib lawat di Sarawak! Disini kita dapat melihat dan pelajari keunikan suku kaum di Sarawak. Kami sempat melawat Rumah Orang Ulu, Rumah Panjang Orang Iban, Rumah Orang Bidayuh, Rumah Orang Melanau, Rumah Orang Melayu dan Cina. Unik!

Kami juga berpeluang merasai Tumpik Lemantak atau turut dikenali sebagai Lempeng Sagu yang merupakan makanan tradisi Orang Melanau. Kalau anda nak cuba, boleh pergi di belakang Rumah Orang Melanau, ada satu pondok/ rumah kecil yang diberi nama Sago Hut. Disitu, ada Kak Rose yang akan buatkan Tumpik Lemantak, makanan tradisional Orang Melanau, istimewa untuk anda!

Selain itu, kami berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan di Dewan Teater, Kampung Budaya Sarawak. Persembahan menarik ini berlangsung setiap hari, bermula jam 11.00 pagi. Sebelum acara bermula, mereka akan membunyikan loceng sebagai isyarat acara di Dewan Teater itu akan bermula tidak lama lagi.

Secara keseluruhan, Kampung Budaya Sarawak ini memang seronok dan wajib dilawati oleh semua yang ingin mengenali lebih lanjut mengenai kepelbagaian kaum di Sarawak.

Terima kasih:-
1. Pengurusan Kampung Budaya Sarawak / Sarawak Cultural Village
2. ‪@FikriZamRi‬
3. Khaimal Borneo Travel & Tours
4. Encik Fikri Zainol Majid
5. Awin dan Vane dari Khaimal Borneo
6. OHC All Star

Free music: Blue Mountains by Gabriel Witcher

Комментарии

Информация по комментариям в разработке