BERONOK, Makanan Tradisi Langkawi | Resepi Tok

Описание к видео BERONOK, Makanan Tradisi Langkawi | Resepi Tok

Resepi Tok kini kembali lagi setelah sekian lama tertangguh akibat Pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita. Kali ini, Fendi akan menjelajah menu yang ikonik dan menarik di sekitar Pulau Langkawi.

Untuk episod pertama siri Resepi Tok Langkawi, Fendi berjumpa dengan Mak Lang untuk membuat resepi kerabu beronok yang telah menjadi satu menu wajib bagi orang Pulau Langkawi. Beronok merupakan sejenis tumbuhan laut yang hanya terdapat di Langkawi.

Keunikkan Beronok ini adalah ia hanya boleh dimakan secara mentah dan tidak boleh kena haba. Oleh itu, Beronok hanya dibuat hanya untuk resepi kerabu sahaja. Mari lihat Mak Lang berkongsi resepi kerabu beronok, dari cara pembersihan hingga penyediaan dengan menggunakan bahan yang segar.

#resepitok #langkawi #beronok #kerabu

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке