Ucapan YAB PM dalam Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024 (07.05.24)

Описание к видео Ucapan YAB PM dalam Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024 (07.05.24)

Dalam Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Saya singgung apa maknanya agama sekiranya tiada nilai kemanusiaan, rahmah, keadilan dan ihsan dalam diri dan masyarakat. Kita mahukan keadilan kepada semua warga samaada di Malaysia ataupun di tempat lain khususnya dalam konteks semasa yakni pembantaian yang berlaku di Gaza, Palestin.

Selain itu, saya tegaskan kepentingan persidangan seperti ini dalam mempromosi semangat lita'rafu, prinsip karamah insaniah sebagaimana mesej Al-Quran agar kita semua saling memahami dan menghargai kepelbagaian yang kita miliki.

Saya zahirkan penghargaan kepada JAKIM dan MWL atas penganjuran persidangan kali ini. Semoga mesej dialog dan siri pertemuan seperti ini menjadi salah satu inisiatif bersama mengangkat nilai unggul dalam kehidupan beragama.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке