SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDAYANG DI-PERTUAN AGONG

Описание к видео SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDAYANG DI-PERTUAN AGONG

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini (7 September).

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Peterana Diraja disambut YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Utama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Serentak dengan itu lagu Negaraku dimainkan Pancaragam Pusat RAMD dan Panji Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan diikuti 21 das tembakan meriam.

Seri Paduka Baginda kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dan menerima Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku berkumandang.

Seri Paduka Baginda kemudiannya berangkat meninggalkan Pentarana Diraja bagi meneruskan atur cara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Balairung Seri.

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda, seramai 116 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024.

Seramai tiga individu dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri. Enam penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang juga membawa gelaran Tan Sri dan lima penerima Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran Datuk serta satu penerima Panglima Setia Diraja (P.S.D) yang membawa gelaran Datuk.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (J.M.N), Johan Setia Diraja (J.S.D), Kesatria Mangku Negara (K.M.N), Kesatria Setia Diraja (K.S.D), Ahli Mangku Negara (A.M.N), Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) dan Pingat Bentara Setia Diraja (B.S.D) kepada 101 penerima.

#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara

Комментарии

Информация по комментариям в разработке