RETROSPEKTIF : SUKAN SEA XV KUALA LUMPUR (1989)

Описание к видео RETROSPEKTIF : SUKAN SEA XV KUALA LUMPUR (1989)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'SUKAN SEA XV KUALA LUMPUR (1989)' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang merakamkan peristiwa pada Ogos 1989, Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke 15. Sukan SEA ini berlangsung setiap 2 tahun dan Malaysia telah menjadi tuan rumah buat kali ke-4. Sukan SEA kali ini mencipta sejarah dengan jumlah penyertaan paling ramai, melibatkan 8 negara dengan jumlah atlit melebihi 2000 orang. Laos dan Vietnam telah menyertai semula pada tahun ini, setelah 16 tahun mengundur diri. Turut dirakamkan adalah upacara pembukaan, liputan pertandingan dan upacara penutup. Malaysia telah berjaya meraih 67 pingat emas dan Indonesia telah muncul sebagai Juara dengan 102 pingat emas. Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di YouTube FINAS Malaysia pada 24 Jun 2022 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    • RETROSPEKTIF : SUKAN SEA XV KUALA LUM...  

Filem Kita, Citra Kita

#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке