RETROSPEKTIF : DALAM KENANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN (1990)

Описание к видео RETROSPEKTIF : DALAM KENANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN (1990)

#LensaNegaraku
#RetrospektifSinema

Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2021, FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'Dalam Kenangan Tunku Abdul Rahman (1990) terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang mendokumentasikan Mengisahkan tentang perjalanan hidup Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Pertama. Filem ini merakamkan kejayaan hidupnya dalam bidang politik bermula dari Pilihan Raya Persekutuan 1955 diikuti dengan Perundingan Baling dengan pihak kerajaan British, Pengisytiharan Merdeka 1957, perancang dan penggerak Penubuhan Malaysia, Pengisytiharan Malaysia 1963, pendamai konfrontasi Indonesia – Malaysia dan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia 1970 dan seterusnya sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Islam Jeddah dan akhirnya Yang di-Pertua di PERKIM.

Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 2 September 2021 (Khamis) dan 3 September 2021 (Jumaat) di YouTube FINAS Malaysia. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    / finasmalaysiamy  

#MalaysiaPrihatin
#HKHM2021
#DemiNegara
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem 'DALAM KENAGAN TUNKU ABDUL RAHMAN (1990)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'DALAM KENAGAN TUNKU ABDUL RAHMAN (1990)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Комментарии

Информация по комментариям в разработке