Baby Cakoi Sos Pandan | Cuba Menu Baru

Описание к видео Baby Cakoi Sos Pandan | Cuba Menu Baru

Biasa makan Cakoi biasa yang besar tu kan. Lembut jee. Kali ni saya kongsikan baby cakoi pulak. Kecik je, rangup kalau makan panas-panas. Boleh cuba!

👉👉 Bahan-bahan yang digunakan

(Doh Baby Cakoi)
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh yis
* 1 sudu teh gula halus
* 1/2 sudu teh garam
* 250 gm air suam

(Sos Pandan Kastard)

* 18 gm tepung gandum
* 35gm gula halus
* 150 santan kara
* 70 gm air
* 1 biji kuning telur
* 1 tsp perisa pandan
* 1 tsp pewarna pandan

🌸🌸 Cara-Cara buat Doh Baby Cakoi

1. Masukkan air suam + yis + gula ( gaul sebati )
2. Masukkan tepung dan garam
3. Rehatkan doh selama 30 minit
4. Selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
5. Sedia untuk dicanai , potong kecik-kecik saiz baby
6. Goreng minyak penuh sehingga garing.

🌸🌸 Cara-cara buat Sos Pandan Kastard

1. Masukkan kuning telur + gula ( gaul hingga gula sedikit larut
2. Masukkan tepung ( gaul hingga rata )
3. Panaskan santan dan air hingga mendidih
4. Campurkan santan ke dalam bancuhan telur ( sedikit demi sedikit )
5. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan (kalau boleh, pakai pati pandan dulu tau)
6. Masak di atas api hingga pekat

Dah siap untuk dihidang! Selamat mencuba dan jangan lupa share!

#BabyCakoi #BabyCakoiSosPandan #CikZaaraAkmal

Комментарии

Информация по комментариям в разработке