NASI DAGANG TG. API KUANTAN

Описание к видео NASI DAGANG TG. API KUANTAN

NASI DAGANG merupakan sejenis makanan tradisional berasaskan nasi yang amat digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Sejarah asal usul nasi dagang dipercayai kerana ia adalah untuk diper'dagang'kan yang boleh mengenyangkan, tahan lama dan enak dimakan bila-bila masa.

Hidangan ini dahulu popular di Terengganu, Kelantan dan Kawasan Selatan Thailand (Sekitar Narathiwat, Songkla dan Pattani). Kini nasi dagang terkenal di seluruh Malaysia sehingga anda boleh jumpa nasi dagang di Kucing, Kota Kinabalu, Singapura dan Brunei. Kalau dahulu di pantai timur ramai nelayan akan makan nasi dagang untuk turun ke laut atau membawa bekalan, kini pegawai kerajaan di pejabat, pekerja kilang, pelajar sekolah, pemandu lori, tetamu hotel dan ramai lagi makan nasi dagang.

Walau pun lazimnya nasi dagang dimakan untuk sarapan pagi, kini nasi dagang ada dijual di pasar tani dan pasar malam pada waktu petang dan malam. Makan nasi dagang memang mengenyangkan pada jangkamasa yang lama berbanding dengan makanan lain. Banyak tenaga yang ada pada nasi dagang dan sesuai untuk mereka yang bekerja berat. Nasi dagang juga sehebat nasi lemak, nasi kerabu dan nasi minyak yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia.


* MENU
Nasi Dagang

* LOKASI
KEDAI MAKAN NOOR AZLIHA
No.10, Gerai Makan, Kompleks Hasil Laut Tg. Api,
25050 Kuantan, Pahang.

HP: 019-9045672 (Nor)
017-9835297 (Kak Sah)



Terima kasih kerana menonton video-video di Channel SURR TV.

Hubungi SURR TV ditalian HP/WASAP 016-6633843 untuk review di tempat anda.

SURR TV merupakan channel yang membahas tentang makanan. Anda akan diberi info serta review tentang pelbagai jenis makanan, keunikannya, harga dan lokasi makanan tersebut boleh didapati. Channel ini juga bertujuan untuk membantu promosi perniagaan peniaga-peniaga dan berkongsi pengalaman mereka bersama-sama kita semua. Channel ini berisi video yang sesuai untuk semua peringkat umur. Pastikan anda bergabung dengan SURR TV dengan cara subscribe.

Jangan lupa tonton video terbaru SURR TV yang akan selalu diupload. Like, comment, share dan subscribe channel ini agar dapat memberi manfaat kita bersama.

Semoga kita selalu sihat dan semakin sukses. Aamiin.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке