Apam tokyo atau kuih seri manja lembut berongga. mudah dengan sukatan cawan

Описание к видео Apam tokyo atau kuih seri manja lembut berongga. mudah dengan sukatan cawan

Apam tokyo recipe.Hi semua , kali ni MalayKitchen nak berkongsi resepi kuih apam yang sangat menarik iaitu Apam tokyo atau Apam Sri Manja. Kuih apam lembut berinti kastad yang sangat sedap . Mudah sahaja tanpa menggunakan acuan khusus dan proses masak yang cepat. Selain daripada inti kastad boleh juga diganti dengan inti pandan, kaya atau coklat. Selamat mencuba.

Resepi apam tokyo / sri manja

Bahagian inti apam:

Bahan-bahan :
1 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan tepung kastad
1/3 cawan gula
1 sk garam

Cara-cara :
1. Masukan semua bahan ke dalam periuk/kuali dan kacau rata semua bahan. Apabila semua bahan larut dan sebati,buka api dan masak sehingga bancuhan pekat ,likat dan berkilat.
2. Apabila inti kastad sejuk, masukan ke dalam piping bag.

Bahagian kulit / lempeng apam :

Bahan-bahan :
1 cawan air
1 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 biji telur A
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit garam
2 sudu besar minyak jagung

Cara-cara :
1. Masukan semua bahan ke dalam pengisar /blender. Kisar sehingga halus.
2. Tuang ke dalam mangkuk dan perap selama 10 minit.
3. Gunakan kuali leper/rata dan senduk bancuhan tadi menggunakan senduk sayur dan tuang perlahan ke dalam kuali yang sudah panas.
3. Apabila terbit gelembung berongga dan hilang warna tepung, pipe inti kastad di tengah. Kemudian lipat dan kepit kuih supaya melekat di bahagian hujungnya. Boleh angkat dan ulang proses masak sehingga bancuhan tepung habis.

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
   / malaykitchen  

Laman web rasmi MALAY kitchen :
https://malaykitchen.my

Telegram MALAY kitchen :
https://t.me/malaykitchen

Track: Ikson - Coral [Official]
Music provided by Ikson®
Listen:    • #132 Coral (Chill Beat)  

#malaykitchen #apamtokyo #apam

Комментарии

Информация по комментариям в разработке