Ucapan YAB PM di Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 (26.06.2024)

Описание к видео Ucapan YAB PM di Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 (26.06.2024)

Apakala berucap di majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri hari ini, saya bangkitkan kepentingan peranan dan tanggungjawab yang boleh dimainkan penjawat awam demi kemajuan negara.

Saya turut ulangi komitmen Kerajaan untuk melaksanakan kenaikan gaji bagi penjawat awam yang akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025, yang dijadualkan pada Oktober depan.

Kerajaan sedar pelaksanaan kadar baharu gaji ini penting tatkala sudah terlalu lama tiada penyelarasan gaji penjawat awam dilaksanakan.

Sekalung penghargaan buat penjawat awam yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hari ini. Semoga ia meniupkan semangat dalam diri kalian untuk terus memberikan sepenuh komitmen dan daya usaha dalam mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti bagi memacu pembangunan negara.

#MalaysiaMADANI

Комментарии

Информация по комментариям в разработке