Bagaimana Singapura berubah Menjadi Negara maju? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Описание к видео Bagaimana Singapura berubah Menjadi Negara maju? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Sebenarnya kita tidak dapat nafikan bahawa kebijaksanaan arkitek kemajuan Singapura, mantan Perdana Menterinya, mendiang Lee Kuan Yew dalam membuat keputusan dan mencatur perjalanan ekonomi negara kecil itu antara faktor utama kejayaan Singapura.

Negara Singapura benar-benar komited untuk memajukan sektor perniagaannya. Singapura terkenal dengan polisi mesra perniagaan, tiada sekatan dan rendah birokrasi. Dikatakan perniagaan boleh ditubuhkan dalam tiga jam sahaja!

Singapura juga dikatakan antara negara yang mempunyai peratusan rakyatnya bergelar jutawan paling tinggi. Singapura juga berjaya menjadi pusat pertukaran wang asing ketiga terbesar di dunia, pusat penapisan dan pengedaran minyak ketiga terbesar di dunia selain hub pembaikan perkapalan.

Mendiang Lee Kuan Yew terbukti bukan seorang yang hanya mementingkan materialistik semata-mata memandangkan proses kemajuan Singapura turut disertakan dengan pembangunan sosial dan etika.

Singapura dikatakan berjaya bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi petunjuk sosial. Walau pun ada yang berpendapat bahawa untuk menjadi negara maju maka sesebuah masyarakat terpaksa menerima masalah sosial dan jenayah yang tinggi sebagai galang gantinya, namun Lee Kuan Yew membuktikan sebaliknya.

Memerangi rasuah

Lee Kuan Yew tahu bahawa kemajuan yang beliau impikan itu akan menghadapi laluan sukar jika diganggu gejala rasuah terutama dalam kalangan pegawai kerajaan dan orang politik. Lalu beliau membanteras awal-awal gejala rasuah yang sebenarnya akan menjadi anai-anai meruntuhkan negara.

Kerana itu Singapura berada di kedudukan 10 negara terbaik dari segi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) semenjak kali pertama indeks itu diperkenalkan oleh Transparency International. Sehingga kini Singapura masih kekal di dalam 10 negara terbaik di dunia.

Selain membanteras rasuah, Lee Kuan Yew juga memastikan agar negara Singapura menjadi negara yang bersih dengan mengenakan undang-undang yang ketat tentang kebersihan persekitaran. Sebab itu apabila kita bercakap dengan orang Singapura apabila mereka cuba membuat perbandingan sesuatu peraturan mereka akan berkata “Ini kesalahan berat ni. Sama dengan buang sampah.” Takutnya mereka dengan kesalahan membuang sampah.

Walau pun harga rumah di Singapura mahal namun kerajaan mempunyai satu sistem yang efisien dengan rakyat boleh menggunakan wang daripada Central Provident Fund (CPF – sama dengan KWSP di Malaysia) untuk membayar ansuran bulanan rumah.


Sokong Saluran YouTube Kami dengan langganan di bawah ini:
   / @realridzstudio  

Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
(Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")

Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: [email protected]

Terima kasih!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.

Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
di atas nama Mohamad Ridzuan

e-melkan bukti pembayaran: [email protected] / WA +60124372108.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке