Red Velvet Brownies | Mewah, Sedap, Cantik | Confirm Nak Lagi

Описание к видео Red Velvet Brownies | Mewah, Sedap, Cantik | Confirm Nak Lagi

Red Velvet Brownies | Mewah, Sedap, Cantik | Confirm Nak Lagi

Dari lapisan kek ke lapisan Cheese, serius sedap sangat sangat.
Korang jangan lupa cuba tau!

Jom Sertailah Peraduan "Chup! Menangi Duit Raya Dulu ❤" dari Promex Malaysia ada hadiah & Duit Raya menanti tauuu. Boleh ke Facebook mereka untuk lebih info.
Dapatkan Butter dari Promex Malaysia di Kedai berdekatan Anda !
(AEON, Village Grocer, Ben’s Independent Grocer, Pasaraya OTK, The Food Merchant @ Pavilion Bukit Jalil)
Untuk lebih info : https://www.promexfoods.com/

--------------------------------------------

Resepi Red Velvet Brownies (7 inci)

Bahan Lapisan Bawah
55 gram unsalted butter
3/4 cawan gula kastor
1 1/4 cawan tepung kek
1 tbsp serbuk koko
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 cawan susu segar + 1/2 tbsp cuka (buttermilk)
Esen vanila
Pewarna merah
Secubit garam
1/2 tsp cuka + 1/2 tsp soda bikarbonat

Bahan Lapisan Atas
180 gram cream cheese
1/2 cawan gula aising
1 biji telur gred D
Esen vanila

Cara-cara

Satukan susu dan cuka terlebih dahulu kemudian ketepikan. (Buttermilk)
Cairkan butter, lalu satukan dengan gula kastor. Pukul sebentar. Setelah itu, masukkan telur dan whisk hingga gebu dan ringan
Di dalam mangkuk lain, satukan tepung kek, serbuk koko dan juga gara. Di dalam adunan buttermilk tadi, satukan juga esen vanila dan pewarna merah.
Masukkan tepung ke dalam adunan telur td, masukkan secara berperingkat dan berselang-selikan dengan adunan susu. (Rujuk video)
Akhir sekali, satukan cuka dan soda bokarbonat. Apabila berbuih, terus masukkan ke dalam bowl tadi. Kaup balik sahaja hingga rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang 7 inci (tinggalkan baki 1 tbsp untuk menghias) Bakar kek suhu 150c selama 30 minit.
Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan kacau rata. Tuang kan ke atas kek yang sudah masak tadi.
Corakkan mengikut kreativiti anda. Bakar kek 150c atas, dan 130c bawah selama 20 minit. Sejukkan dan sedia dihidang.

Download aplikasi Seminit Resepi di handphone anda
Android http://bit.ly/AppSeminitResepi
iPhone/iOS http://bit.ly/iosSeminitResepi

Website : http://seminitresepi.com
#seminitresepi

Комментарии

Информация по комментариям в разработке