Confirm Jadi! Cara buat Cromboloni Pistachio Cheese (Supreme Circular Croissant Roll) | basickeli

Описание к видео Confirm Jadi! Cara buat Cromboloni Pistachio Cheese (Supreme Circular Croissant Roll) | basickeli

3 in 1! Belajar cara buat cromboloni, inti cream cheese & chocolate dipping

Patut la viral, memang sedap sangat. Crispy, tambah pulak inti cream cheese leleh dan juga chocolate pistachio yang cair dalam mulut ;)

Asalnya ia viral dari sebuah bakeri di New York digelar La Fayette. Ianya digelarkan supreme croissant (ada juga gelar New York Rolls) ; tapi sampai di Malaysia terus jadi Cromboloni XD. Agaknya kombinasi Croissant dan Bomboloni (sebab dia bulat), jadilah cromboloni.

Ely akan tunjukkan cara bentukkan cromboloni menggunakan danish pastry dan juga puff pastry. Dari situ, kita boleh bandingkan tekstur dan mana satu paling sesuai untuk digunakan

Selain itu, cara pembakaran croissant roll juga sangat penting. Kalau setakat bentukkan, tapi bakar seperti croissant biasa, tak jadi cantik. Dia ada cara untuk mendapatkan pembakaran sekata dan juga untuk memastikan ia rata di atas dan bawah

Ini untuk croissant ini juga sangat penting kerana ia memberi rasa yang lebih unik kepada cromboloni. Rasa lemak, rasa pistachio dan juga cheese leleh di dalam. Tekstur krim juga penting untuk memastikan cromboloni tidak terlalu mudah basah

Chocolate topping sebenarnya salah satu benda yang agak lama Ely kaji. Nak dapatkan rasa yang tak terlampau manis, dan juga cara pembuatan yang mudah & tak rumit supaya ramai di rumah boleh buat ;)

Ini adalah resepi yang menarik untuk dicuba, dan yang best, boleh disimpan dan diguna pakai bila kita nak buat pada hari yang lain

Selamat mencuba!

#cromboloni #supremecroissant #resepibasickeli

Комментарии

Информация по комментариям в разработке