Biografi Imam al-Bukhari - Maulana Asri

Описание к видео Biografi Imam al-Bukhari - Maulana Asri

https://darulkautsar.wordpress.com/
Biografi Imam Al-Bukhari
Maulana Asri Yusoff
Kota Bharu

ARTIKEL ASAL - https://onlinehadits.wordpress.com/20...

RIWAYAT HIDUP IMAM AL-BUKHARI

KELAHIRAN DAN MASA KECIL IMAM AL-BUKHARI

Imam al-Bukhari (semoga Allah merahmatinya) lahir di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari. Beliau lahir pada hari Jumaat, pada 13 Syawal 194H (21 Julai 810M). Datuknya bernama Bardizbeh, berketurunan Parsi yang beragama Zoroaster. Tapi ibu bapanya, Mughirah, telah memeluk Islam di bawah asuhan al-Yaman el-Ja’fiy. Masa kanak-kanak Imam al-Bukhari penuh dengan keperitan; di samping menjadi anak yatim, beliau juga tidak dapat melihat kerana buta. Ibunya sentiasa berusaha dan berdoa untuk kesembuhan beliau. Alhamdulillah, dengan izin dan kurnia Allah, menjelang umurnya 10 tahun, matanya sembuh sepenuhnya.

Imam al-Bukhari adalah ahli hadith yang termasyhur di antara para ahli hadith sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam An-Nasa’ie dan Ibnu Majjah. Bahkan dalam kitab-kitab fiqh dan hadith, hadith-hadith beliau memiliki darjat yang tinggi. Sebahagian menggelarkannya dengan gelaran Amirul Mukminin Fil Hadith (Pemimpin kaum Mukmin dalam perkara ilmu hadith). Dalam bidang ini, hampir semua ulama’ di dunia merujuk kepadanya.

Tempat beliau lahir kini termasuk dalam wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damsyik dan Baghdad. Daerah itu juga yang telah melahirkan ahli-ahli falsafah besar seperti Al-Farabi dan Ibnu Sina. Bahkan ulama’-ulama’ besar seperti Imam Zamakhsari, Imam Al-Jurdjani, Imam Al-Bairuni dan lain-lain dilahirkan di Asia Tengah. Walaupun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan Kesatuan Soviet (Rusia), menurut Alexandre Benningsen dan Chantal Lemercier Quelquejay dalam bukunya “Islam in Soviet Union” (New York, 1967), pemeluk Islamnya masih berjumlah 30 juta, menjadikannnya daerah yang penganut Islamnya kelima terbesar di dunia setelah Indonesia, Pakistan, India dan China.

KELUARGA IMAM AL-BUKHARI

Imam al-Bukhari dididik dalam keluarga ulama’ yang taat beragama. Dalam kitab As-Siqat, Ibnu Hibban menulis bahawa ayahnya dikenali sebagai orang yang warak dalam erti berhati-hati terhadap perkara-perkara yang hukumnya bersifat syubhat (ragu-ragu atau was-was), apalagi terhadap perkara-perkara yang sifatnya haram. Ayahnya adalah seorang ulama’ bermazhab Maliki dan merupakan pemimpin kepada Mazhab Imam Malik, seorang ulama’ besar dan fiqh. Ayahnya meninggal dunia ketika Imam al-Bukhari masih kecil.

Perhatiannya kepada ilmu hadith yang sukar dan rumit itu sudah bercambah sejak berumur 10 tahun, sehinggakan dalam usia muda 16 tahun beliau sudah hafal dan menguasai buku-buku seperti “Al-Mubarak” dan “Al-Waki”. al-Bukhari berguru kepada Syeikh Ad-Dakhili, ulama’ ahli hadith yang masyhur di Bukhara. Pada usia 16 tahun bersama keluarganya, beliau mengunjungi kota suci Makkah dan Madinah, di mana di kedua kota suci itu beliau mengikuti kuliah para guru-guru ahli hadith yang ternama. Pada usia 18 tahun beliau menerbitkan kitab pertamanya, “Qudhaya As-Sahabah Wat Tabi’ien”. (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan tabi’in).

KEBIJAKSANAAN IMAM AL-BUKHARI

Imam al-Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, yang disahkan oleh abangnya Rasyid bin Ismail. Abangnya menyatakan bahawa, pernah Bukhari ketika mudanya dan beberapa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendiakawan Balkh. Tidak seperti murid yang lain, al-Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Beliau sering diejek kerana membuang masa kerana tidak mencatat, namun al-Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana merasa kesal terhadap ejekkan itu, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan selama dalam kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua, lantaran al-Bukhari ternyata telah menghafal 15,000 hadith, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catatkan.

Ketika sedang berada di Baghdad, Imam al-Bukhari pernah didatangi oleh 10 orang ahli hadith yang ingin menguji ketinggian ilmu beliau. Dalam pertemuan itu, 10 ulama’ tersebut mengajukan 100 buah hadith yang sengaja “diputar-balikkan” untuk menguji hafalan Imam al-Bukhari. Ternyata hasilnya amat mengkagumkan. Imam al-Bukhari mengulang kembali secara tepat hadith-hadith yang “diputar-balikkan” itu lalu membetulkan kesalahannya, kemudian membaca hadith yang sebenarnya. Beliau menyebutkan seluruh hadith yang salah tersebut secara hafalan, secara berurutan, sesuai dengan urutan penanya dan urutan hadith yang ditanyakan, kemudian membetulkannya. Inilah yang sangat luar biasa daripada Sang Imam, kerana beliau mampu menghafal hanya dengan satu kali dengar.

(SAMBUNGAN ARTIKEL DI RUANGAN KOMEN YOUTUBE)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке