Resepi Lamb Shank Bakar

Описание к видео Resepi Lamb Shank Bakar

Resepi Lamb Shank Bakar ini sangat mudah untuk disedaikan dan hanya memerlukan beberapa bahan asas. Dengan herba-herba segar rosemary dan thyme, proses masak bakar 3 jam akan menghasilkan daging kambing yang lembut dan juicy!

Sesuai dimakan begitu sahaja atau dipadankan dengan sos black pepper atau sos cendawan. Selamat mencuba!

EDIBLE GARDENS BY RADIANT: https://jandabaik-attractions.com/edge/


SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o

Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah slow roasted lamb shank atau betis kambing bakar. Bahan nya pun tak banyak cuma memerlukan masa yang lama tapi hasilnya sangat berbaloi seperti ini. Jom kita ke dapur!

Untuk resepi ini kita perlukan 2 betis kambing, lebih kurang 1/2 Kg setiap betis. Seeloknya buangkan selaput nipis pada permukaan betis untuk memudahkan proses perapan dan kurangkan bau.

Kita juga perlukan sedikit Rosemary dan Thyme. Saya suka gunakan herba segar yang saya tanam sendiri. Kalau berminat boleh hubungi Edible Gardens by Radiant, link dalam description. Kalau tak ada yang segar yang kering pun boleh.

Di samping itu kita juga perlukan 2 biji bawang putih. Kulit perlu dibuang sebelum memasak.

1 biji lemon, kita perlukan jus dari 1/2 lemon ini dan juga beberapa hirisan lemon.

Minyak zaitun extra virgin, kalau tak ada minyak zaitun biasa pun boleh.

Sedikit lada hitam yang ditumbuk dan garam kasar. Saya suka gunakan Garam kosher kerana ianya lebih tulen dan tidak mengandungi iodin dan lain-lain bahan tambahan.

Untuk memerap betis kambing kita mulakan dengan garam kasar, pastikan kita gunakan garam yang secukupnya. Jangan risau kalau nampak macam banyak garamnya kerana betis kambing agak tebal.Lagipun sebahagian garam akan tanggal semasa kita goreng kambing sebelum dibakar.

Ulang untuk bahagain bawah. Kemudian kita tambah lada hitam yang ditumbuk. Elakkan lada hitam yang dah siap dikisar kerana rasanya tidak sama dengan yang baru ditumbuk atau dikisar.

Ulang untuk sebelah bawah dan ratakan.

Tambah jus lemon, lebih kurang 2 sudu besar. Dan sedikit minyak zaitun extra virgin. Lumurkan pada setiap permukaan betis kambing. Perapkan sekurang-kurangnya 30 minit atau selama 2 jam.

Selepas diperap, panaskan minyak dalam kuali goreng betis kambing. Tujuan kita hanya untuk menggorengkan bahagin luar sahaja dan bukan untuk memasak. Kita akan menggunakan suhu ketuhar yang agak rendah dan jika kita tidak goreng dahulu kambing, warnanya akan kurang menarik walupun dagingnya dah masak dan lembut.

Bila kambing dah mula kelihtan garing dan berwarna perang, keluarkan dari kuali dan ulang untuk betis yang kedua.

Lapiskan loyang bakar dengan 2 lapisan aluminium foil atau kerajang aluminum, dan letakkan betis kambing. Tambahkan sedikit lagi garam , dan juga lada hitam.

Renjiskan sedikit minyak zaitun extra virgin. Masukkan ulas-ulas bawang putih. Aturkan herba rosemary segar disekeliling daging kambing. Dan juga herba Thyme segar.Dan sekali kepingan lemon.

Akhir sekali tambah sedikit kayu manis. Sekarang kita bungkuskan dengan kerajang aluminium.
Ambil sekeping lagi kerajang aluminium untuk pastikan bahagian atas juga dibungkus dengan rapi. Ini akan mengelakkan wap dari daging terlepas dan menjadikan daging kambing kering.

Masukkan kedalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 130C untuk tempoh 3 jam.

Buka bungkusan dengan perlahan. Sekarang betis kambing bakar dan siap untuk dihidangkan dengan kentang putas dan sayuran. Boleh dimakan begitu sahaja atau dipadankan dengan sos black pepper atau mushroom sauce.

Jika masih belum subscribe sila subscribe di YouTube dan follow di Facebook dan Instagram. Jangan lupa tinggalkan komen. Ada bermacam lagi resepi-resepi dichannel ini. Selamat mencuba!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке