Resepi Pancake Gebu Dan Lembut 2023

Описание к видео Resepi Pancake Gebu Dan Lembut 2023

RESEPI lengkap di laman web Nasser's Kitchen https://nasserskitchen.com
Resepi pancake gebu dan lembut ini tidak menggunakan butter tetapi hanya minyak masak biasa untuk tekstur yang lebih lembut. Sesuai dimakan untuk sarapan pagi bersama buah-buahan, butter dan maple syrup atau sos coklat.

Resepi pancake ini mudah untuk disedaikan dan tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak.

Selamat mencuba!

SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o

Selamat datang ke Nasser's kitchen. Resepi kali ini ialah pancake. Saya akan kongsikan rahsia dan tips untuk membuat pancake yang gubu dan lembut macam ni. Kalau anda peminat pancake atau hotcakes McD, pastikan anda tonton hingga akhir. Jom kita ke dapur!

Bahan utama yang kita perlukan 1 cawan atau 120g tepung gandum biasa, kalau nak lebih lembut boleh guna tepung kek.

2 sudu teh gula ( 20g ), 1/2 sudu teh garam ( 5g) dan 1 sudu teh baking powder (10g)

Bahan-bahan kering kita perlu galukan supaya rata. Gunakan pemukul telur seperti ini kalau ada. Kalau bahan-bahan tidak bercampur dengan rata, pancake tidak akan naik dengan sekata dan kurang gebu. Campurkan SEBELUM menambah bahan basah, susah nak ratakan kalau dah bercampur bahan basah.

Rahsia pancake lembut ialah buttermilk, bahan ini susah nak cari jadi kita buat sendiri dengan mencampurkan jus dari 1 biji lemon kepada 1 cawan (250ml) susu segar. Masukkan sedikit-sedikit dan kacau sehingga susu menjadi pekat sedikit seperti ini. Jus lemon juga akan memberikan perisa yang istimewa kepada pancake kita.

Sekarang kita tambah buttermilk atau campuran susu dan jus lemon kita kepada bahan kering. Tambah 1 biji telur. 1/4 cawan minyak masak ( 62.5ml), saya tak gunakan butter untuk resepi ini.

Gaulkan tapi sekadar bahan-bahan bercampur kalau masih berketul pun tak apa. Elakan terlebih gaul kerana ini akan menghasilkan pancake yang kurang lembut disebabkan penghasilan protien gluten dalam tepung. Biarkan 2-3 minit.

Bila dah mula berbuih seperti ini, tambah 1 sudu kecil perasa vanilla, dan gaulkan dengan perlahan.

Biarkan untuk rehat selama 8-10 minit, untuk tepung menyerap bahan-bahan basah dan baking powder bertindak. Waktu rehat ini penting jadi kena bersabar. Bila dah berbuih semula seperti ini, pancake sedia untuk di masak.

Untuk masak pancake, saya syorkan gunakan kuali non-stick untuk hasil yang terbaik kerana saya tak gunukan minyak atau butter semasa memasak. Ini akan memberikan permukaan pancake yang cantuk dan berwarna sekata. Rahsianya ialah gunakan api yang kecil kerana kita mahu pancake masak perlahan-lahan. Jika api terlalu besar, pancake akan cepat hangus sebelum bahagian dalam masak.

Perhatikan gelumbung akan mula kelihatan pada bahagian tepi, kemudian di seluruh permukaan pancake. Ini tanda baking powder kita bertindak dengan baik.

Perhatikan bahagian bawah supaya tidak terlalu gelap.

Bila , bahagian tepi dah mula mengeras, dah tiba masanya untuk kita balikkan pancake. Inilah permukaan pancake yang kita mahu, kuning keemasan dan licin.

Masak untuk lebih kurang 1 minit lagi dan ulang untuk pancake seterus nya. Cuba dapatkan saiz pancake yang lebih kurang saiznya supaya cantik bila disusun. Satu lagi tip , ialah selepas dimasak , letakkan pada cooling rack atau jaring seperti ini. Ini akan elakkan bahagian bawah lembab di sebabkan wap yang terbebas.

Pancake kita dah siap untuk dihidangkan dengan sedikit mentaga, potongan pisang dan sirap maple. Sila subscribe di Youtube ,tekan butang loceng dan follow di Facebook dan Instagram. Ada banyak lagi video di channel ini. Selamat mencuba!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке