Masak Lemak Cili Api Udang : Family Puji minta masak lagi sebab tak puas makan…

Описание к видео Masak Lemak Cili Api Udang : Family Puji minta masak lagi sebab tak puas makan…

Masak Lemak Cili Api Udang : Family Puji minta masak lagi sebab tak puas makan…

Kali ni CSM akan masak Udang Masak Lemak Cili Api, yang sedap, padu dan terasa fresh udangnya. Gabungan rasa yang seimbang dari bahan-bahan segar serta kuah yang sederhana pekat memang kaw-kaw lah masak lemak udang ni. Makan dengan nasi panas dan ikan bilis goreng cili bawang memang matchinglah .Tak payah lauk lain dah. Untuk anda yang dan tengok video ni CSM galakkan anda cuba resepi ni insyalah untuk keluarga. Ok, sampai disini sahaja “ Selamat Mencuba” Jangan lupa komen atau SHARE video ni kat media sosial ye, terima kasih.

Bahan Bahan
***************

1 kg Udang besar
1 mangkuk santan pekat
½ tin susu cair
500 ml air
2 batang serai dititik/diketuk
garam halus secukup rasa
1 helai daun kunyit

Bahan kisar
10 – 15 biji cili api/cili padi (mengikut citarasa)
7 ulas bawang kecil
1 inchi kunyit hidup

Cara memasak
1) Blend bahan kisar dan masak dengan menambahkan 500 ml air.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan serai,udang, daun kunyit, buah tomato santan pekat, susu cair dan garam secukupnya. Kacau tanpa henti supaya santan tak pecah minyak.
3) Masak hingga agak-agak mendidih tapi jangan terlalu lama agar udang tetap segar dan tidak keras.
4) Sedia untuk dihidang.


Tips memasak
1) Guna api sederhana bila dah masuk santan pekat, kacau gaul tanpa henti supaya santan tak pecah minyak
2) Elakkan daripada masak udang terlalu lama agar udang tetap segar dan tidak keras

Комментарии

Информация по комментариям в разработке