Ustaz Don Daniyal Tidak Serik Sebar Hadis Tidak Sahih Lagi? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Описание к видео Ustaz Don Daniyal Tidak Serik Sebar Hadis Tidak Sahih Lagi? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Media sebelum ini melaporkan RTM menamatkan khidmat Ustaz Don sebagai pengacara program Salam Baitullah selepas beliau mengulangi perbuatan ingkar arahan penerbit dan tidak patuh skrip.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dilaporkan berkata, sebagai pengacara, Ustaz Don sepatutnya patuh kepada skrip dan tidak memetik mana-mana kitab atau hadis ketika bersiaran.

Kemudian, pendakwah selebriti itu memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan di sebuah stesen radio berhubung ibadah berpuasa pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha.

Baru-baru ini pula ketika ditanya Petugas Media Tabung Haji di Makkah berhubung permohonan maaf terbaharu dibuat pendakwah itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar melahirkan rasa terkilan isu itu masih berlarutan walaupun sebelum ini sudah memberi arahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berbincang dengan Ustaz Don.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar merasa terkilan isu ini masih berlarutan walaupun sebelum ini sudah memberi arahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berbincang dengan Ustaz Don.

"Saya terkilan kerana saya sudah bagi arahan kepada Pengarah Jakim untuk berbincang dengan Ustaz Don sendiri. Saya difahamkan bahawa beliau sudah memohon maaf dan mengakui kesilapan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permohonan maaf pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid berikutan memberi kenyataan mengelirukan berhubung ibadah berpuasa pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha.

Beliau berkata, ilmu pengetahuan perlu disampaikan berdasarkan sumber dan rujukan yang diyakini penceramah tersebut kerana setiap agamawan mempunyai pengkhususan tertentu.

"Nasihat saya apabila mahu menyampaikan ilmu pengetahuan itu, biarlah ia didasarkan kepada sumber-sumber dan rujukan yang kita yakini. Agamawan ini mempunyai pengkhususan, kalau dalam bidang hadis, kita mempunyai agamawan yang pakar hadis," katanya kepada Petugas Media Tabung Haji di sini, baru-baru ini.

Don Daniyal atau dikenali sebagai Ustaz Don mengakui jawapan yang diberikan di sebuah stesen radio itu menimbulkan salah faham.

Mengulangi nasihat kepada agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan pandangan dan perlu menyemak rujukan yang sahih.

Beliau berkata, setiap agamawan perlu berlapang dada untuk mengatakan tidak tahu jika kurang arif dalam menjawab soalan yang bukan bidang mereka.

"Ini kerana masyarakat sangat memandang tinggi golongan agamawan sehinggakan apa yang diucapkan akan diterima kerana mereka sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.

"Saya minta kepada agamawan, untuk sentiasa berhati-hati dalam memberi pandangan masing-masing. Pastikan rujukan yang dibuat berdasarkan kepada keyakinan kepada rujukan tersebut. Tak salah untuk mengatakan tidak tahu kerana Imam Malik, Imam Syafie apabila ditanya oleh anak murid, kalau tak tahu, jawab tidak tahu.

"Kita ini masalahnya kadang-kadang apabila ada soalan, kita nak jawab semua. Sepatutnya perkara yang kita tidak tahu, kita jawab tidak tahu. Ini yang ajarkan oleh ulama terdahulu," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Naim turut menasihati agensi media supaya memastikan penceramah yang dipilih mempunyai tauliah daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing..

"Media boleh juga merujuk kepada Jakim mempunyai senarai penceramah tauliah. Sekurang-kurangnya penceramah ini sudah ditapis. Itu harapan saya. Perlu selalu membuat rujukan jika ada sebarang musykil," katanya lagi.



Sokong Saluran YouTube Kami dengan langganan di bawah ini:
   / @realridzstudio  

Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
(Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")

Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: [email protected]

Terima kasih!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.

Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
di atas nama Mohamad Ridzuan

e-melkan bukti pembayaran: [email protected] / WA +60124372108.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке