RETROSPEKTIF : MAULUD & BERZANJI (1966)

Описание к видео RETROSPEKTIF : MAULUD & BERZANJI (1966)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'Maulud dan Berzanju' (1966) terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang memaparkan tentang umat islam menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 1966 di Stadium Merdeka dengan melakukan perarakan sambil berselawat di sekitar Ibu Kota dan Pertandingan Berzanji Peringkat Kebangsaan yang berlansung di Masjid Negara yang memaparkan wakil-wakil dari setia negeri mengalunkan bacaan Al-Quran.

Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 21 Oktober 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 22 Oktober 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam.

Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    • RETROSPEKTIF : MAULUD & BERZANJI (1966)  

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem 'MAULUD & BERZANJI (1966)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'MAULUD & BERZANJI (1966)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Комментарии

Информация по комментариям в разработке